Tuesday, October 28, 2014

Resepi Ikan Kembong Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum
Mood rajin kembali! HAHAHA. Oke, harini aku nak share resepi lauk kegemaran aku iaitu Resepi Ikan Kembong Masak Lemak Cili Padi. bagi aku masak lauk ni senang je. Aku ingat lagi masa mula mula belajar memasak aku sangatsangatsangat eksaited nak belajar masak lauk nih, yelaa lauk kegemaran kan kan. Heee

Teringat pulek tahun lepas, akak sepupu aku tanya 'Nadya pandai masak apa je?' ibu aku terus jawap 'lauk masak lemak cili padi, bla,bla,bla' akak sepupu tanya lagi 'rasa lauk masak lemak cili padi sama tak macam masak lemak cili padi nogori?' *Mestilaa tak sama. aku orang Johor la.HAHAHA cakap dalam hati*

Ibu cakap 'bole la' akak sepupu terus cakap 'Nanti akak nak rasa la*muka eksaited* bole la kawen dengan orang nogori nadyya ni' *Ekk? kenapa pulek? eee taknak la aku! macam orang negeri lain takmakan je cakap dalam hati* HAHAHA aku baru nak jawap ibu aku dah jawap dulu. parohh. Aku bukan tak percaya pada jodoh. biasa la time tuu masih BERfeeling dengan EXboipreng. EXboipreng pulek sama negeri kan kan. Heee 

Taraaaaaaa~ tudiaaaa ikan kembong masak lemak cili padi dari air tangan akuu tuu. terliuq tak? ;)
Bahan-Bahan
  • 6 ekor ikan kembong -- disiang dan dibersihkan
  • 1 biji Tomato --- potong 4
  • 1 batang serai ditumbuk
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 mangkok santan cair
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis

Bahan dikisar
  • 10 biji cili padi -- ikot kepedasan masing masing
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan dikisar halus tadi. Masa menumis guna api sederhana dan selepas itu masokkan serai. biarkan ia sehingga naik bau.
  2. Selepas itu, masokkan santan cair bersama ikan dan biarkan ia mendidih.
  3. Perasakan dengan garam dan gula. 
  4. Bila ikan hampir masak, masokkan santan pekat bersama tomato. biarkan mendidih dan siap.
** mudahkan? selamat mencuba semua!!!**

26 comments:

  1. Replies
    1. hahahaha lom bole. mengemas xmahir lagi -.-'

      Delete
  2. sukaaya masak lemak cilipadi . ikan xsangat . hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak segala lauk masak lemak cili padi akak suka! hahaha

      Delete
  3. Nampak perkataan masak lemak cili padi tu terus tergodaaaa!

    ReplyDelete
  4. kureng kalau ikan kembong ni, weee.

    ReplyDelete
  5. huhuhuuu.... sedopppp... masak lemok kalau ikan apa jer pun sedapppp.. :D

    ReplyDelete
  6. perghhhh feveret lagi... terus eksaited tengok tajuk !! hahahhaa.... masak lemak cili api ayam pun sedap.... ikan pun sedap.... partner dia... kaksha suka kangkung @ bendi goreng belacan.... huwaaa lapa... sapika jaat ....

    opsss kaksha gurau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kite.. udang ke ketam ke.. pehhh memang sedapppp uhhh :)
      hahaha nadyya xsuka lauk2 tuhh.. nadyya ade lauk ni satu je da ckup.. mmg xkn pandang lauk lain ;p

      Delete
  7. Hujung minggu nie zumal nak buat juga la... Hehe :)

    ReplyDelete
  8. Sedapnya...favourite Cik Mimie..pergh, kalau pedas lagi Cik Mimie suka..heheheh

    ReplyDelete
  9. nyum,nyum..nak cuba la resepi ni^^

    ReplyDelete
  10. Ok dah boleh kawen ni....
    Kalau g umah mak angkat kt kuala pilah tu sume lauk masak lemak...
    Aishhh

    ReplyDelete
  11. Daku sangat lapar di saat ini. Dah x makan lagi ni. Huhukk. (。-ω-)ノ

    ReplyDelete
  12. Dalam banyak-banyak ikan, akak suka ikan kembong. Memang sedap buat masak lemak cili api ni.

    ReplyDelete
  13. sedap nya nadia :)
    masak lomak memang terbaik XD

    ReplyDelete
  14. rajinnyaaa. bertuah sapa dapat. hehe

    ReplyDelete
  15. Akak kita sama lah favourite nombor satu kot masak lemak cili padi. Nak nak kalau dapat ikan keli. Uish lapar tetiba ni. haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD

COPYRIGHT 2017 by CikNadyya