Sunday, September 22, 2013

Saya TETAP Nak Awak !



Hidup tak selalunya indah. . Tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

Iffah Hurriyah atau Effa seorang gadis berhati batu. Seorang Doktor Psikitiari dan Kaunseling. Irfan Azlan atau Azlan menyerahkan jiwa dan raganya semata-mata untuk kerjayanya yang dicintai. Tidak ada gadis yang dapat memenangi hatinya dan seorang Polis berpangkat jugak la -_-"

Pada suatu hari Azlan ade Seminar di Bangkok. Dan pada masa yang sama Effa shoping di bangkok. Effa baru habis belaja di University Havard dan sebelom dia balik Malaysia, dia bershoping dulu di Bangkok. Macamane sebelom balik Malaysia. Di airport Bangkok, Effa terlanggar Azlan. Terbit la kejadian kutuk mengutuk ! HAHA. Dan didalam penerbangan dieorang ditakdirkan duduk bersama. Selepas itu bermula pertemuan pertemuan tak di sangka :)

Ada satu buangan bayi di surau. Dengan itu Azlan perlu merujuk khidmat kaunseling, tapi tak sangka pulak khidmat kaunseling itu adalah doktor Effa. Sejak kejadian ini Azlan dan Effa selalu call dan mesej. Dan kekadang jumpa jugak.

Azlan ; Effa, kalau Lan tanya satu soalan, Effa janji akan menjawapnya secara jujur?
Effa ; Hehehe.. Ya, Tuan ASP. Nak tanya pasal apa tu ya? Effa ni suspek pencuri ke?
Azlan ; Hmmm. Hampir tepat soalan tu!
Effa ; Haa? Effa pencuri ? Muka Effa ada muka pencuri ke?
Azlan ; Ya, Cik Iffah Huriyyah Binti Abdullah Said ni dah mencuri hati Tuan ASP Irfan Azlan Abdul Rahim. Masalahnya dahlah mencuri, tak nak pulak pulangkan kepada tuannya.
Effa ; So, apa masalahnya bagi Tuan ASP tu?
Azlan ; Kalau dia ambil separuh atau setengah, boleh lagi Tuan ASP survive! Ini sudah dicurinya semua. Apa yang tinggal? Dah tu curi tak nak ngaku pulak tu!
Effa ; Eh, ade ke pencuri kat dunia ni yang mengaku mencuri?

Bila keluarga Effa dan Keluarga da merancang dan membuat persiapan untuk pertunangan hujung bulan tu. Muncul pulak masalah Surya. Konon kononnya Azlan tido sekatil dengan Surya. Padahal Azlan tak sedar apa apa sebab Surya da bagi ubat tido kot kat Azlan. Surya memang memastikan Effa takkan berkahwin dengan Azlan. Sebabnya dari sekolah lagi Surya sangat berdendam dengan Effa. Disebabkan kejadian ini Abang Surya terpaksa nikahkan mereka akhir bulan tuu.

"Lan, mungkin ini satu dugaan atau ujian untuk menguji cinta kita berdua. Buat masa ni, Effa tidak nampak bagusnya cadangan Lan tu. Malah akan memburukkn keadaan lagi. Jika ditakdirkan yang cinta kita tidak kesampaian. Effa redha, Lan." - Effa -

Apa apa pon Azlan tetap nak kahwin dengan Effa. Apa pon Azlan tetap nak merungkaikan agenda sembunyi Surya. Sebelom Azlan menikahi Surya! Dan akhirnya Doctor Parim call Azlan bagitahu yang Surya sakit jiwa. Akhirnya dengan secepatnya Azlan pegi ke rumah Surya bersama Effa. Bila da sampai rumah Surya. Surya dah membunuh anak buahnya, Azley. Dengan secepat itu anggota polis datang dan menangkap Surya. Dan masa yang sama, Surya tikam dengan pisau kat bahu Effa, Effa terus pengsan. Yang malangnya kepala Effa terhantuk dengan bucu bendul pintu.

Setelah 10 hari Effa koma. Akhirnya Effa sedar. Tapi Effa mengalami amnesia. Disebabkan hentakkan kuat dikepala. KawanII nya dia kenal, dan keluarganya dia kenal. Cuma Azlan je dia tak kenal. Azlan sangat kecewa bila Effa tak mengenalinya.

3 tahun kemudian, Azlan dan Effa mengerjakan Umrah. Hari yang sama, cuma berbeza waktu. Sedang Effa berdoa dihadapan Kaabah, terus terlintas wajah Azlan. Dan tiba tiba muncul Azlan hadapan dia. Dan bila da nak balik dan berada Airport. Effa terlanggar Azlan lagi. Dan handpone Azlan berkecai. Dan selepas kejadian itu, Azlan mengingati kejadian masa mulaII perkenalan dieorang. Dan selepas itu Mak Azlan datang merisik. Dan akhirnya mereka kawen :D

"Lan ada berdoa di Jabal Rahmah, Jika ada jodoh Lan dengan Effa temukanlah Lan dengan Effa semula dalam pertemuan yang diredhai dan suci. Jika tiada jodoh Lan dengan Effa, Lan berdoa ALLAH temukanlah Lan seorang gadis yang hampir menyerupai ciri ciri Effa" - Azlan -

Nota Kaki : Panjang jugak entri kali ni. Sampai berkali kali baca balik novel Saya TETAP Nak Awak ! Best jugak. Kalau dia memang jodoh kita,sejauh manapun dia pergi,dengan siapa pun dia bersama,dia tetap akan datang dan akan menjadi milik kita kan? InsyaAllah =)

Monday, September 9, 2013

Suami Aku Ustaz



Bila dia jeling aku tanda tak suka, mesti jantung aku melompat bagai nak gila! -Alisa-

Alisa budak 17 tahun, nakal dan lagi 2 bulan je nak SPM. Abang Hafiz atau Ustaz Hafiz adalah abang sepupu Alisa, cikgu agama kelas Alisa dan Ustaz popular di sekolahnya. Disebabkan Alisa seorang yang nakal. Mak ayah Alisa terpaksa kawenkan Alisa dengan Hafiz sebelom mak ayah Alisa gi mekah. Kira ni 'kawin paksa' la.

Bila Alisa dan Hafiz dinikahkan. Takde sorang yang tahu walaupon kawan - kawan baeknya Wati, Johan dan Pa'an. Pada suatu malam Alisa lepak keluar dengan Johan dan Pa'an tanpa bagitahu Hafiz. Baru Alisa lepak kejap dengan Johan dan Pa'an. Hafiz call Alisa dan suruh Alisa balik.

"Lisa, Apa hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami?" -Hafiz-

Pada suatu hari , Alisa demam dan masa dia otw balik rumah, Alisa jatuh moto. Johan dan Cikgu Liana tolong Alisa bawak balik rumah. Akhirnya, Johan dan Cikgu Liana tahu Alisa kawin dengan  Hafiz. Kawan mane yang tak kecewa bila kawannya kawen, dia tak tahu apa apa. Dan Cikgu Liana pon kecewa bila orang yang dia minat da kawin dengan orang lain.

“Hah! Baguslah, tu! Kau mengaku dekat semua orang, kita orang kawan baik kau. Best Friend forever kononnya. Tapi benda besar macam ni, sorang pun tak tahu. Ini yang kau cakap best friend, Lisa? Pergi matilah dengan BFF kau tu!” -Johan-

Bila da dekat SPM, barula Ustaz Hafiz bagi kad kawennya kat budak budak kelas Alisa. Semua kawan kawan sekelas terkejot bila Ustaz Hafiz memilih Alisa. dan akhirnya bulan Disember kenduri kawen Hafiz dan Alisa.

"Abang rasa macam Allah makbulkan doa - doa abang selama ini. Cuma, abang tak sangka pulak cepat sangat Allah makbulkn." Dia ketawa lagi. "Tiga malam abang istikharah,Lisa. Dan tiga malam itu jugak petunjuk Allah untuk terima. Sebab itulah abang jawap macam tu. Abang nak cerita lebih lebih, takot Lisa pulak yang takleh terima..." -Hafiz-

Akhirnya Alisa dapat sambung belaja ke University Teknologi Petronas(UTP) dan akhirnya Alisa dan Hafiz bahagia dan dikurniakan anak sorang perempuan dan anak angkat lelaki sorang. 

Alhamdulilah! Aku cukup bersyukur apabila dijodohkan dengan Abang Hafiz. Walau bagaimanapon cara kami dipertemukan dan disatukan, itu sudah tidak menjadi satu masalah buat aku sejak aku menerima dia dalam hidup aku sepenohnya. Apa yang penting adalah masa hadapan kami sama ada di dunia mahupon di akhirat. Kalau dahulu aku cukup menentang, sekarang aku cukup bersyukur. -Alisa-

Nota Kaki : Novel ni tersangat best. Dalam novel ni banyak sangat nasihat. Oke, novel ni awesome sangat. Korang beli la novel ni tau. Dulu saya selalu berangan nak suami ustaz macam ni. Tapi kalau dapat jodoh bukan ustaz ponn takpe. InsyaAllah Future Imam saya mampu memperbaiki imanku, Amin. #Harini birthday mymom. Semoga dipanjang umur dan semoga ibu sehat selalu, amin. Kbai.