Saya TETAP Nak Awak !



Hidup tak selalunya indah. . Tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

Iffah Hurriyah atau Effa seorang gadis berhati batu. Seorang Doktor Psikitiari dan Kaunseling. Irfan Azlan atau Azlan menyerahkan jiwa dan raganya semata-mata untuk kerjayanya yang dicintai. Tidak ada gadis yang dapat memenangi hatinya dan seorang Polis berpangkat jugak la -_-"

Pada suatu hari Azlan ade Seminar di Bangkok. Dan pada masa yang sama Effa shoping di bangkok. Effa baru habis belaja di University Havard dan sebelom dia balik Malaysia, dia bershoping dulu di Bangkok. Macamane sebelom balik Malaysia. Di airport Bangkok, Effa terlanggar Azlan. Terbit la kejadian kutuk mengutuk ! HAHA. Dan didalam penerbangan dieorang ditakdirkan duduk bersama. Selepas itu bermula pertemuan pertemuan tak di sangka :)

Ada satu buangan bayi di surau. Dengan itu Azlan perlu merujuk khidmat kaunseling, tapi tak sangka pulak khidmat kaunseling itu adalah doktor Effa. Sejak kejadian ini Azlan dan Effa selalu call dan mesej. Dan kekadang jumpa jugak.

Azlan ; Effa, kalau Lan tanya satu soalan, Effa janji akan menjawapnya secara jujur?
Effa ; Hehehe.. Ya, Tuan ASP. Nak tanya pasal apa tu ya? Effa ni suspek pencuri ke?
Azlan ; Hmmm. Hampir tepat soalan tu!
Effa ; Haa? Effa pencuri ? Muka Effa ada muka pencuri ke?
Azlan ; Ya, Cik Iffah Huriyyah Binti Abdullah Said ni dah mencuri hati Tuan ASP Irfan Azlan Abdul Rahim. Masalahnya dahlah mencuri, tak nak pulak pulangkan kepada tuannya.
Effa ; So, apa masalahnya bagi Tuan ASP tu?
Azlan ; Kalau dia ambil separuh atau setengah, boleh lagi Tuan ASP survive! Ini sudah dicurinya semua. Apa yang tinggal? Dah tu curi tak nak ngaku pulak tu!
Effa ; Eh, ade ke pencuri kat dunia ni yang mengaku mencuri?

Bila keluarga Effa dan Keluarga da merancang dan membuat persiapan untuk pertunangan hujung bulan tu. Muncul pulak masalah Surya. Konon kononnya Azlan tido sekatil dengan Surya. Padahal Azlan tak sedar apa apa sebab Surya da bagi ubat tido kot kat Azlan. Surya memang memastikan Effa takkan berkahwin dengan Azlan. Sebabnya dari sekolah lagi Surya sangat berdendam dengan Effa. Disebabkan kejadian ini Abang Surya terpaksa nikahkan mereka akhir bulan tuu.

"Lan, mungkin ini satu dugaan atau ujian untuk menguji cinta kita berdua. Buat masa ni, Effa tidak nampak bagusnya cadangan Lan tu. Malah akan memburukkn keadaan lagi. Jika ditakdirkan yang cinta kita tidak kesampaian. Effa redha, Lan." - Effa -

Apa apa pon Azlan tetap nak kahwin dengan Effa. Apa pon Azlan tetap nak merungkaikan agenda sembunyi Surya. Sebelom Azlan menikahi Surya! Dan akhirnya Doctor Parim call Azlan bagitahu yang Surya sakit jiwa. Akhirnya dengan secepatnya Azlan pegi ke rumah Surya bersama Effa. Bila da sampai rumah Surya. Surya dah membunuh anak buahnya, Azley. Dengan secepat itu anggota polis datang dan menangkap Surya. Dan masa yang sama, Surya tikam dengan pisau kat bahu Effa, Effa terus pengsan. Yang malangnya kepala Effa terhantuk dengan bucu bendul pintu.

Setelah 10 hari Effa koma. Akhirnya Effa sedar. Tapi Effa mengalami amnesia. Disebabkan hentakkan kuat dikepala. KawanII nya dia kenal, dan keluarganya dia kenal. Cuma Azlan je dia tak kenal. Azlan sangat kecewa bila Effa tak mengenalinya.

3 tahun kemudian, Azlan dan Effa mengerjakan Umrah. Hari yang sama, cuma berbeza waktu. Sedang Effa berdoa dihadapan Kaabah, terus terlintas wajah Azlan. Dan tiba tiba muncul Azlan hadapan dia. Dan bila da nak balik dan berada Airport. Effa terlanggar Azlan lagi. Dan handpone Azlan berkecai. Dan selepas kejadian itu, Azlan mengingati kejadian masa mulaII perkenalan dieorang. Dan selepas itu Mak Azlan datang merisik. Dan akhirnya mereka kawen :D

"Lan ada berdoa di Jabal Rahmah, Jika ada jodoh Lan dengan Effa temukanlah Lan dengan Effa semula dalam pertemuan yang diredhai dan suci. Jika tiada jodoh Lan dengan Effa, Lan berdoa ALLAH temukanlah Lan seorang gadis yang hampir menyerupai ciri ciri Effa" - Azlan -

Nota Kaki : Panjang jugak entri kali ni. Sampai berkali kali baca balik novel Saya TETAP Nak Awak ! Best jugak. Kalau dia memang jodoh kita,sejauh manapun dia pergi,dengan siapa pun dia bersama,dia tetap akan datang dan akan menjadi milik kita kan? InsyaAllah =)

CONVERSATION

8 Comentarios:

  1. mcm best! akak nak kena cari nie novel die... hihi

    ReplyDelete
  2. As salam...hi Cik Nadyya...salam perkenalan.. Akk laa penulis Saya Tetap Nak Awak! ..Aida Adia..
    TERIMA KASIH byk2 atas preview STNA yg superb tuhh... Terharu sungguh! Terima kasih juga atas sokongan cik Nadyya & friends semua. Izinkn akk share preview cik Nadyya dlm FB akk ehh..

    ReplyDelete
  3. As salam..Salam perkenalan buat cik Nadyya yg baik hati..! Terkejut & terharu bila baca preview SAYA TETAP NAK AWAK kt blog cik Nadyya ni..
    Mmg superb!! hehehe...Terima kasih atas sokongan cik nadyya & friends semua..
    Izinkn akk share preview STNA ni kt FB akk yee!.. Klu sudi..bole jer add friend kt FB akk di Rohaidah Aida Adia. ;)

    ** Aida Adia **

    ReplyDelete
  4. @ROHAIDAH HARON Wassalam. Salam perkenalan jugak kak. heee terharunya penulis novel coment entri kite ni. sy ni memang suka preview novel. hehe. bole je share. nanti sy add fb akak (Nadyya EyyQa)

    ReplyDelete
  5. Wah.. ohsem giler review Cik Nadyya.. terbaiklah..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD