Thursday, November 28, 2013

Rindu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Credit : Google

Dear Awak Disana ,

Saya Rindu Awak

Saya Sayang Awak

Adakah Awak Merindui Saya Sepertimana Saya Merindui Awak?

Adakah Saya Tetap Berada Didalam Hati Awak Walaupon Saya Dah Kecewakan Awak?

Adakah Awak Masih Menunggu Saya Seperti Sebelum Sebelum ni? 

Insan Yang Merinduimu ;
Cik Haty.

Nota Kaki ; Alololo, Dah lame tak berpuitis ni.HAHAHAHA. Apa apa pon terima kasih sudi baca kata kata puitis dari Cik Haty ye. #Saya ade cakap nak pegi Utara minggu ni kan? Tapi ditundakan minggu depan atas sebab sebab tak bole dielakkan. Heee. Soo minggu ni pegi Melaka. Minggu depan pegi Utara. Doakan kami selamat ok ^^ 

Monday, November 25, 2013

Seindah TAKDIR Cinta

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Mia Karmila ikot Adrian dalam acara pesta dirumah kawannya. Sedang mereka menari ikot rentak muzik. Adrian cuba buad perkara tak senonoh kat Mia. Mia apalagi marah dan terus keluar dari rumah tu, Adrian terus peluk Mia dan tak bagi Mia pergi. Macam mana Mia terus teringat artikel Menyelamatkan Diri dari dicabuli. Mia terus siku kat perot Adrian dan kakinya menyauk betis Adrian dengan tumit kasutnya yang tajam! Dan Mia terus lari. Dan pada masa yang sama teksi yang dipandu oleh Shahriman @ Aiman muncul.

Dalam teksi tuu Aiman dah tanya macam macam, Kenapa lari dengan laki tuu (Adrian) tapi Mia hanya senyap je. Dan pada masa yang sama Aiman cuba nasihat Mia dan suruh Mia sujud syukur. Kerana Mia berjaya menyelamatkan diri daripada lelaki tu. Mia tidak paham yang dimaksudkan oleh Aiman Sujud Syukur. Yang Mia tahu Sujud ketika solat. 

"Sujud Syukur adalah sujud yang bole kita lakukan bila bila masa sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada ALLAH. Nabi kita, biasanya apabila menerima berita gembira, akan terus sujud kepada ALLAH. Hukumnya adalah sunat. " - Shahriman -

Sejak kejadian malam tuu, Mia terus terbayang bayang wajah Aiman, sejak tuu jugak setiap kali Aiman atau Mia bertentang mata terasa lain dan terasa hati mereka bergetar (jatuh cinta kot) Dan Mia cuba untuk solat. Dia mintak driver papanya carikkan Ustaz atau Ustazah untuk mengajar gaji Al - Quran dan ibadah solat dengan betol. Akhirnya Mia belaja Agama dengan Ustazah Habibah. Disebabkan Mia tak bawak kereta. Ustazah Habibah suruh anaknya menghantar Mia balik ke rumahnya. Mia tak sangka Aiman anak kepada Ustazah Habibah. Dan selepas itu, Aiman dan Mia berjanji akan berkawan. Dan Mia mintak Aiman  tak payah panggil ber'cik' 'cik' dan Aiman panggil Mia dengan nama Humairah. Dan Mia panggil Aiman dengan nama Eiman.

"Humairah adalah nama panggilan manja Rasulullah kepada isterinya, Aishah. Humairah beerti 'pipi yang merah'. Jadi saya suka nak panggil Cik Mia dengan nama Humairah macam Rasulullah memanggil isterinya, Aishah. Bole kan?" - Shahriman -

Sejak kejadian Adrian nampak Mia bersama lelaki lain (Aiman) dan sorang lagi Perempuan (Ustazah Rodiah) Hati Adrian jadi tak tenang. Adrian bagithau kat Mummy nya yang Mia da berubah. Dan Mummy terus bagitahu yang Mummy dan Dady Adrian nak masuk minang Mia. Adrian terus setuju. Pada masa ni Mia dan Aiman mula sayang menyayangi. Bila Papa dan Mama Mia bagitahu yang Mummy dan Daddy nak masok minang Mia. Mia jadi tak tenang. Mia terus bagitahu tentang hasrat Mummy dan Daddy Adrian kat Aiman. Aiman cuba menasihat Mia agar menerima Hasrat Mummy dan Daddy Adrian. Mia macam tak puas hati dan akhirnya Aiman terus bagitahu Mia meletakkan syarat syarat menjadi suami yang soleh.

"Mia nak Andy jadi imam kita semua bersolat jemaah Maghrib atau Isyak dan jugak imam solat berjemaah Zohor atau Asar. Andy juga perlu khatam Al-Quran dan membacanya ketika majlis pertunangan nanti. Mia jugak nak Al-Quran yang Andy baca tuu sebagai sebahagian Mas Kawin Mia nanti agar ia bole jugak dibaca anak anak kami kelak." - Mia Kamila -

Mula - mula Mummy, Daddy dan Adrian tak setuju dengan syarat - syarat Mia. Tapi disebabkan Adrian terlampau menyayangi Mia akhirnya Adrian setuju dengan syarat syarat nya dan Daddy Adrian cadangkan bagi masa selama Enam Bulan untuk Adrian mempersiapkan diri dengan ilmu ilmu yang Mia syaratkan. Besoknya, Adrian jumpa sorang kawan dia kuat jugak agamanya, Rashid. Dan mintak kawannya carikkan Ustaz untuk Adrian untuk mengajarnya Baca Al- Quran dengan baik. Akhirnya Rashid mengajak Adrian pegi Pusat Tahfiz Darul Hana. Bila Adrian dan Rashid masok je pejabat Penolong Pengetua iaitu Aiman. Adrian agak terkejot Penolong Pengetua itu adalah lelaki yang dia nampak bersama Mia dan Ustazah Rodiah.

Mia sekeluarga dijemput oleh keluarga Adrian untuk Solat Maghrib dan Tahlil. Dan pada malam itu, yang hadir cuma keluarga Mia dan Ustaz Aiman. Mia cuba mentafsirkan sendiri bahawa Ustaz Aiman yang akan mengimamkan solat mereka nanti. Rupanya Adrian yang mengimamkan solat mereka Dan akhirnya Adrian da berjaya memenuhi syarat syarat yang Mia mintak. Hujung bulan mereka bakal akan dinikahkan :)

"Ya Allah, sekiranya Andy adalah jodohku yang terbaik yang telah KAU aturkan untukku, aku memohon kerahmatan dan keredaan-MU untuk membukakan hatiku supaya aku dapat mencintainya dengan sepenuh hati sebagaimana aku mencintai Shahriman. Kau alihkanlah cintaku kepada Andy dan bukan lagi kepada Shahriman agar aku dapat menerima Andy seadanya. Tolonglah aku, Ya ALLAH. Sesungguhnya hamba-MU ini terlalu lemah dan daif untuk melawan perasaannya sendiri. Jadikanlah aku seorang isteri solehah." -Mia Karmila -

Sehari sebelom Adrian dan Mia dinikahkan. Adrian telah pegi ke Hospital untuk mengetahui apa punca sakit perotnya berlarutan. Doctor bagitahu bahawa Adrian kemungkinan menghidap penyakit Gastritis ulcer. Doctor cadangkan Adrian masok wad. Tapi disebabkan esoknya Adrian bakal bernikah. Ditunda dan dimasukkan wad hari lusa. Besoknya, dengan sekali lafaz, Mia Kamila sah menjadi isteri kepada Adrian. Pada petangnya, Adrian bagitahu Mia dan suruh bawak dia ke Hospital. Penyakit Adrian menyerang lagi dan Adrian terus pengsan. Selepas 2,3 hari Adrian masuk wad, barulah doctor dapat mengesan Adrian menghidap penyakit Kanser Pankreas tahap 4. Selepas seminggu Adrian masok Wad. Adrian berhasrat nak pegi Mekah. 

Akhirnya keluarga Mia, keluarga Adrian dan Ustaz Aiman selamat sampai di Mekah. Selepas 3 hari mereka berada di Mekah. Adrian mintak Ustaz Aiman temankan semasa Adrian beriktikaf, berqiam dan bermunajat di hadapan Kaabah dalam pukul 2 Pagi. Walaupon Mia sentiasa ada disisinya. Bila waktunya yang dijanjikan pon tiba Adrian telah solat dihadapan Kaabah. Hampir 20 min Adrian solat, Mia jadi tak tenang sebab Adrian bersujud terlalu lama Lalu Mia panggil Ustaz Aiman suruh tengokkan Adrian. Ustaz Aiman cuba membongkok seolah olah bersujud, tapi Ustaz Aiman tak dengar apa apa bunyi. Perlahan lahan Ustaz Aiman menyentuh badan Adrian dan membaringkan Adrian. Ustaz Aiman terus melafazkan "Innalillahi wainna lillahirajiun"

"Ya ALLAH, Sesungguhnya aku reda sekiranya penyakit yang sedang aku hidapi ini adalah ujian-MU untuk menghapuskan segala dosaku, namun aku memohon kepada-MU, sembuhkanlah penyakitku ini sekiranya itu baik untukku dan sekiranya mati adalah lebih baik untukku maka aku reda dengan segala ketentuan-MU, ya ALLAH" - Adrian -

Selepas Enam bulan Adrian meninggal dunia. Mia bekerja sebagai Pengarah Kewangan di Suria Gemilang Holding. Ini atas permintaan Daddy Arwah Adrian, disebabkan amanat Arwah Adrian. Manakala, Ustaz Aiman berjawat Pengarah Urusan penganti Arwah Adrian. Disebabkan Mia dan Ustaz Aiman satu syarikat dan selalu berjumpa. Ustaz Aiman cuba memujuk Mia untuk menerima insan yang menyayangi Mia. Tetapi Mia taknak. Bila Daddy dan Mummy Arwah Adrian mula bersuara dan menyuruh Mia menerima Ustaz Aiman. Mia jadi serba salah. Dan Mia menyatakan hasrat ingin ke Mekah kepada Ustaz Aiman. Dan selepas pegi Mekah, Mia berharap takkan bersalah dengan Arwah Adrian. Akhirnya Mia, Ustaz Aiman, Daddy dan Mummy Arwah Adrian sampai ke Mekah lagi. Di tengah malam selepas Mia solat di hadapan Kaabah. Mia tersentak terlihat bayangan Arwah Adrian -_-

"Mia, terimalah. Terimalah Abang Aiman. Abang reda Mia kawin dengan Abang Aiman kerana dia jujur dengan Mia. Terimalah dia." - Adrian -

"Dia suruh Humairah terima kembali cinta Eiman. Dia reda Eiman menikahi Humairah" - Mia Kamila -

"Dan itulah petunjuk ALLAH pada Humairah. Alangkah beruntungnya Humairah mendapat petunjuk dan keredaan ALLAH di tempat yang penuh barakah ini," - Shahriman -

Nota Kaki : Alhamdulilah akhirnya siap jugak review novel Seindah TAKDIR cinta. Korang wajib follow dari awal sampai habis! #Nanti da kawin nak suruh Encik Suami panggil dengan nama "Humairah" Baru la sweet kann? :D

Friday, November 22, 2013

Saya berjanji akan cuba melupakan Eiman :(

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hai awak! Heee. Alhamdulilah bertemu lagi kita untuk entri baru ni. Sekarang ni mood saya baca Novel je. InsyaAllah bila saya dah habis baca novel Seindah TAKDIR Cinta. Saya akan review oke. Korang jangan lupa follow tau! Ekceli sejak akhir akhir ni untuk beli novel baru ni. ciri ciri nya mestilah novel tu mestilah keagamaan. 

Baca Novel ni buat saya terasa, sebak dan terharu! Bila saya baca je novel ni saya rasa tersangat jahil. SubahanaAllah :') Novel ni memang sesuai dibaca oleh remaja ar. Novel ni berkaitan mencari keredaan Allah. Untuk kebahagiaan di akhirat kelak. Semoga kita semua dapat Syurga didunia dan diakhirat kelak, Aamin :)

"Cik Mia tak boleh terus terusan begitu. Cik Mia kena terima hakikat 'Eiman' dah tak ada lagi dan siapa yang ada sekarang adalah Ustaz Aiman, iaitu guru dan jugak sahabat baik suami Cik Mia. Cubalah 'bunuh' Eiman daripada hati Cik Mia, InsyaAllah Cik Mia akan dapat mencintai Andy dengan sepenoh hati. Teruskanlah berdoa kepada ALLAH, memohon pertolongan dan bantuan-NYA agar hijab cinta Cik Mia akan terbuka untuk Andy," -Shahriman-

Credit : Rusydee Artz

"Saya berjanji akan cuba melupakan 'Eiman' dan menumpukan sepenoh hati saya kepada suami yang bakal saya nikahi tetapi saya harap Ustaz Aiman akan tetap mengingati saya. Mungkin bukan sebagai perempuan yang pernah melukakan hati Ustaz Aiman tetapi terimalah dan ingatilah saya sebagai adik Ustaz Aiman yang sentiasa memerlukan bimbingan dan semangat daripada Ustaz Aiman. Saya benar benar mengharapkannya, Ustaz." -Mia Karmila-

Nota Kaki : InsyaAllah minggu depan (selasa) bercuti ke utara (Kedah, Perlis dan Langkawi) Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan kami sekeluarga selamat sampai dan balik. Aminn :)

Tuesday, November 19, 2013

Wordless Tuesday

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Nota Kaki :Jika kau telah berdoa untuk didekatkan jodoh, usah sibuk mencari yang lain. Dia sudah ada dekat di hatimu, yang selalu ada dalam doamu, InsyaAllah :)

Sunday, November 17, 2013

Esok, Esok dan Esok ! Apekah?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hai awak awak semua! Heee. Ish terasa da lame sangat tak update entri, saya kira kira da nak dekat seminggu jugak laa. Huh! Busy sikit laaa -,- Busy la sangat kan? HAHAHAHA. Busy apa? Apalagi busy lawakan blog ni ar, Hehe. Sibuk cantek kan Template, sibuk lawakan header. Bak pepatah laen. Semua la tukar. Konon konon nak lawakan blog ni sebijik macam Blogskin yang comel comel tuu kan. Macam lain je, Macam tak jadi je. HAHAHAHA Eh? Sila sedekahkan ulasan tentang perbaharuan di blog ni ye? Mana tahu blog ni makin berat ke. Kerjasama anda amat saya hargai ^^,



Oke, nak cerita la ni pasal tajuk entri ni. Macam biasa la aktiviti saya setiap hari hadap laptop je. Lepastuu cuba merajinkan diri chek email kan, mane tahu dapat temuduga kerja ke. . chek dan chek. Ehhh saya dapat Panggilan Temuduga Kerja laaa. Macam tak sangka je, hewhew. Haritu ade dapat Panggilan Temuduga Kerja jugak, tapi tak pergi ponn. Lepas tuu terus tak dapat panggilan temuduga kerja ni. Soo sad >.< Akhirnya dapat jugak. Tarikh temuduga kerja tuu Esok ! Oke, saya agak cuak jugak walaupon ini kali kedua kan. Mane tahu Majikan kat situ banyak tanya ke. Ishh mampus saya tak dapat jawap! Dahnya saya jenis tak banyak cakap -,- Apa apa ponn semoga temuduga itu dipermudahkan laa. Dan saya dapat kerja disitu ye? Amin :)

Credit : Athirah

Saya chek Email tuu waktuu petang kan. Ade laa kawan saya lelaki. Saya gelarkan 'H'. Yelaa, sampai sekarang kan saya tetap tak dapat kerja kan. Si H ni pernah cakap. "Saya carikkan kerja untuk awak tau" Saya memang tak berharap sangat kerja ni, yela. Duduk rumah pon tolong ibu jaga baby kan. Lepastuu malam tuu pada hari yang sama dia mesej. "saya ade berita gembira ni. Awak nak kerja tak? Kawan saya cakap awak datang je tempat XX. lepastuu isi borang dah." #Dalam hati da berkata kata. Biar betol mamat ni. bersungguh sungguh dia carikkn kerja untuk aku. Aku pon tak bersungguh sungguh pon macam dia ni. Dahnya sejak akhir akhir ni asyik nak panggil "sayang". Nampak sangat buang tebiat. HAHAHAHA. Saya terus says "Thanks awak. tapi isnin ni saya ade temuduga kat JB, InsyaAllah la saya gi tempat XX selasa ni ye? :D

Nota Kaki ; Semoga dipermudahkan segala urusanku. Amin :)

Sunday, November 10, 2013

Obses sangattt -_-"

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Cer tengok tajuk ni? Macam samb. entri lepas kan? Ponn bole jugak. Heee. . Nak tahu apa yang obses sangat? pastikan baca entri ni sampai habes taw ^^, Sebelom tuu, Tahniah Fizo Omar dan Mawar. Akhirnya mereka nikah jugak. Sama cantik. Sama padan ! Mesti Ex-Roomate saya tersangat kecewa kan. dia terlampau meminati Fizo Omar. Siap berangan nak kawen dengan Fizo Omar! Fuhhh naseb laa tahap meminati artis saya takdelaa sampai macam tu walauponn sampai TERobses pon. Heeeee

Sweet kan dieorang ^^,

Oke ingat lagi, time tuu ade program kat Jusco Permas Jaya. Dan tak sangka ade artis nak datang rupanya Fizo Omar dan Yana Samsudin. Dieorang comel dan handsome oke! Alololo. Dan dekat Jusco tuu jugak ade detik detik pertemuan dengan Afi ! #Dia lagi dia lagii dan dia lagii. Bukan senang nak melupakan. Kenangan tetap kenangan. Sebab kenangan jugak saya tetap akan mengingatinyaaa >.<

Terlalu banyak kenangan manis bersamamu. tapi sekarang awak hanya ada 'dia', Sookay, saya cuba lupakan awak. Walaupon ia payah :')

Oke, sebenarnya nak cerita pasal Obses! Saya tersangat obseskan artis Amran Ismail. Korang kenal tak? Jangan cakap tak kenal ehh. Sekarang dia da glamour kotttt ! Sebenarnya saya minat dia daripada time dia tak glamour. Tak ingat tengok cerita apa kann. Yang penting drama lama jugak kot. time tuu saya sekola lagi. Dalam cerita tuu Amran Ismail berlakon watak romantik. bukan watak utama laa -_- Tapi aweknya tak hargaii nya. akhirnya Amran Ismail meninggal sebab kemalangan. Toucing sangat cerita tuu. Minat dia sebab dia romantik dan handsome. Walaupon itu hanya la lakonan semata mata. HAHAHAHA

Ni laa pujaan haty saya, Amran Ismail , Heee

Masa saya belaja kat KK, ada senior saya sebijik muka macam Amran Ismail. Tapi Senior saya lagi handsome kot. HAHAHA. Saya gelarkan R. Saya cerita kat kawan kawan saya. Tapi kawan kawan tak caye mukanya macam artis. Tapi ade sorang kawan saya dapat cam muka nya macam artis Amran Ismail. katanya yang berlakon Nana Narita. Hehe. lepastuu kawan kawan sibuk tengok kat google. Baru dieorang caya R tuu ada rupa macam Artis !

Lepastuu suatu hari tuu kawan kawan ade KEM. Saya tak pegi, budak bisness je wajib pergi. kawan kawan saya ramai amek bisness. Dan R pegi kem tuu jugak dan siap jadi penghulu lagi. bila dieorang balik dari kem. kawan kawan sibuk bercerita pasal R. macam dieorang pulak yang minat kan -_- "Nad, R tuu sombong ar!" lepastuu ade kawan saja nak buad saya jeles, dia cakap "Nad, R jeling2 dengan akak taw, Nad jangan jeles taw" Ish, mentang2 laa saya tak gii kem tuu >.<



Sejak kejadian tuu, kawan kawan jadi minat artis Amran Ismail. Pehh, kuat jugak pengaruh saya ni kan? HAHAHA. Sampai ade kawan saya selidik si R, kawan cakap "Nad R single la tapi dia pena couple dengan akak senior I. Dia suka perempuan tinggi lampai. Ehh da sesuai arr dengan Nad ni" Macam macam laa. Jenuh lak korang nak baca semua kan? :p Lepastuu kawan kawan konon2 nya nak jodohkan saya dengan dia. Padahal saya suka je. dan minat tengok muka dia je. tak de la sampai nak SAYANG! Bila teringat pasal ni, serius macam nak gelak guling guling taw. Kelakar >.<

Nota Kaki : Terima kasih Follow entri ni sampai habis. Kbai.

Friday, November 8, 2013

Itu bukan Cinta tapi Obses oke -.-"

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Setiap hari perkara wajib saya tengok Blog Dreamland. Apalagi follow cerpen terbaru beliau laa, Awak Kan Isteri Saya? Heee. Untuk Part 6 memang tersangat sweet la. Buat saya terasa tak sabar nak kawen pulak HAHAHA. Naseb laa takde calon lagi :p Rugi laa kalau korang tak follow blog ni lagi. Cerpen cerpen dia best sangat. Terbaikkkk :D



Da nak dekat seminggu budak kecik aka Syafiq demam + Semput. Cian dia baby baby lagi da kena semput >.< Alhamdulilah hari ini da ok sikit. Da bole gelak senyum je. Kalau tak, time teruk asyik nak baring je, senyum pun tak. Serius Sayang Sangat kat budak kecik ni Sangat Sangat ! *Berapa banyak SANGAT dahh, HOHO* Disebabkan da cuti sekola. Budak kecik ni dah tak datang sini hari hari. K fineee lepasni pasti dan pasti akan merinduiii die sangat sangat T__T

Sape layannn cerita Love You Mr Arrogant Angkat tangan cepat!!! Heeee. Ekceliii saya layan cerita ni masa episod episod akhir je. Nampakkk takk?HAHAHA. Oke, cerita ni mengisahkan seorang isteri sanggop bersabar dan bertahan dengan seorang suami yang sombong dan ego tersangat tinggi ! #Kalau saya laa kan tak tahu la dapat bertahan ke takk. Haihhh. Hope suatu hari nanti saya dapat lembutkan hati jadi seorang penyabar macam Zara ! *Nadya Nadya nape nak samakan awak dengan drama hah? Lain ok Lain sangatttt*



Oke, dalam cerita ni. Saya tersangat tak suka Sherry dan Faizal ! Dalam kes ni, Faizal bukan cinta Zara. Tapi terlampau obses kan Zara. Bahaya kan kalau ade laki terlampau obses kan perempuan. Macam macam dia bole buat. nak bunuh la. guna bomoh pon bole kan? macam dalam satu novel yang saya baca, Novel Cinta Milik Kita - Maisara Sofea. Dalam novel tuu seorang laki obses kan perempuan tu.. sangop nak bunuh suami perempuan tuu. Eee gilaaa arr.. Menakotkan arr. Haihhh dijauhkan la laki macam nii >.<

Nota Kaki : Stalker n Obses berbeza ye En Stalker ! Kbai.

Tuesday, November 5, 2013

Nikah Gantung ?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bulan lepas ramai sibuk share pasal 'Nikah Gantung' kat Facebook. Saya baru pertama kali baca berkaitan Nikah Gantung ni ponn nak share jugak la kan. Macam best je kan :P Lepastuu terbaca pulak commentII yang mengatakan Nikah Gantung ni takde dalam Sunnah laa. Macam macam laa. Terus saya jadi was was doh. Kelmarin tengah melayan lagu videoclip kat Youtube. Terkeluar video Al-Kuliyyah bertajuk Nikah Gantung. Saya apalagi layan laa kan, nak tahu makna sebalik Nikah Gantung ni kan. Sekarang barula saya percaya Nikah Gantung ni bukan la Haram yang dikata kan oleh mereka.  Nikah Gantung ni Harus :)

NIKAH GANTUNG ADALAH COUPLE YANG HALAL:
[●] apa makna nikah gantung ni?
→Dlm bhsa arab dipanggil "nikah khitbah", ia adalah p'nikahan seperti yg lain, cuma selepas akad nikah pasangan b'kenaan xboleh tinggal sebumbung & suami xwajib bg nafkah zahir batin, ertinya isterinya itu masih dibwh tanggungan ayhnya sehinggalah keluarga pihak perempuan menghantar ank perempuannya itu ke rmh keluarga lelaki itu.
[●] apa istimewanya nikah gantung ni?
→pasangan ini keluar b'sama, b'pegangan tgn, b'pelukkan, cium² & sebagainya kerana mereka adalah suami isteri, sekiranya mengandung sekalipun, ank itu adalah ank yg sah, bak kata bdk² skrg, couple yg halal.
[●] kalau pegang² tgn, nanti tak timbul fitnah ke?
→nikah gantung ni bkn nikah yg perlu disembunyi, bahkan kita perlu hebohkan pd umum bahawa kita telah b'kahwin, jadi xtimbul isu fitnah melainkan kalau org tu jenis kaki fitnah.
[●] so siapa yg sesuai utk nikah gantung?
→nikah gantung amat sesuai bg mereka yg masih belum b'kemampuan dlm kewangan, yg masih belajar, masih belum mendpt kerja, atau masih di alam universiti.
p/s : drpd korang dok dating, call tiap mlm, msg², lg baik korang nikah gantung dulu, semuanya akn b'tukar pahala, msg² dgn isteri dpt pahala, pegang tgn isteri dpt pahala, seronokkan? (^^,)




Wahai Bakal Imamku. . Apa kate  kita buad Nikah Khitbah nak? Tunang dan nikah dulu. Kenduri kawen kita buad kemudian pon takpe. Lagiponn awak still belaja lagi kan? saya pon tak keje lagi kan.. EKK? Kate sape ni? HAHAHAHA. Mana tahu Bakal Jodoh saya memang still belaja ke . Ya Allah permudahkanlah Jodoh ku, Amin :D

Meh la dengar ceramah ni. Terbaik ok !

Nota Kaki : Salam Maal Hijrah semua ^^,

Sunday, November 3, 2013

Wordless Sunday ^^

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ





Dilambatkan Jodoh bukanlah suatu musibah daripada Allah, Bahkan ia merupakan suatu 'kelapangan' bagi mengurangkan beban amanah yang perlu digalas, InsyaAllah :')

Nota Kaki : Selama 5 harini Syafiq aka budak kecik tak datang. Yela, sekolah cuti kan. makayah Syafiq cikgu. Soo untuk melepaskan rindu terpaksa layan jela rakaman video Syafiq yang dirakam oleh saya. HAHAHA dan sekarang mood saya melayan satu blog ni. best. Entry beliau penuh dengan cerpen. cerpen terbaru beliau cerpen Awak Kan Isteri Saya? Best! Jom singgah Blog Dreamland :D

Friday, November 1, 2013

Convo

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


01/11/13 Sangat cantik tarikh harini kan. Mesti ramai nak buat majlis kawin harini kan ? kan ? Pada yang kawin pada harini. Semoga berbahagia dan kekal hingga ke syurga ok ? :) Saya rasa kan, da seminggu saya tak update entri ni. Bermacam macam dugaan terpaksa tunda dan tunda nak update entri ni. Hehe. Akhirnya harini dapat jugak update entri ni :D

Setelah lama tak kena Demam. Akhirnya semalam kena demam. memang seksa laa. Alhamdulilah, arini kurang sikit sakitnya. tapi harini pulak kena selsema pulak. Tak habis habis bersin je. Haihh. Bila nak makan pulak terasa tak sedap. Nama ponn demam kan? takpelaa sabar je :D

Kalau kita sakit janganlah kita marah Allah tapi kita kena bersyukur sebab dengan sakit kita dapat hapuskan dosa-dosa kecil kita :')

Memang tak sangka laa balik KL je ibuayah dan saya kena demam. Esok adek pulak balik. Hope dia tak kena jangkit laa. Buat apa gi KL? Alaaa. apalagi saya ayah convo laaa kan. HAHA Apa apa pon tahniah too my dad. Akhirnya berjaya habiskan belaja untuk Degree dan untuk convo Degree pada selasa lepas :)

Ehhhh. .



Nota Kaki : Disebabkan ibu tersangat tergila gilakan tengok cerita I Love You Mr Arrogant dan tak pernah miss tengok cerita ni. Sekarang saya ponn terus terikot ikot tengok cerita ni. Padahal dulu tak berminat pon cerita yang melibatkan pukul 7 ni -_-
COPYRIGHT 2017 by CikNadyya