CONVERSATION
dah sebulan cuti terpaksa tanpa gaji.
dah sebulan ehhh duduk rumah sebab lockdown. hmmm bos seboleh boleh cakap takleh kerja dari rumah. hmmm harapp harap duit yang sedia ada boleh survive sampai masuk kerja nty. hahahahaha . duduk rumah ponn busy tau. busy memasak sajeeee. lepastuu penat. lepastuu takde mood nak hadap blog. hmm.
tadi baru lepas meeting zoom. bos bagitahu naik kerja nanti. gaji akan dapat penuh tapii kerja macam nak mati laaa. ot dan cover balik yang kiteorang tak kerja tuu. hmm murung terus aku rasa. lepastuu aku dapat tahu tadi, ada sorang officemate aku positive covid. dengan anak nyaaa. anaknyaa pulak umurnya baya baya anak aku..hmmm moga dieorang family cepat sembuhhhh :)
CONVERSATION
wordless wednesday - random photo
Assalamualaikum♥
dim sum eco rm2.10 jaa ! ada 4 pcs. sedapppp okayyy! dijamin halal xD
kek milo! amek resepi kat facebook. guna 3 bahan jaa. telor 4biji, milo 2cawan dan susu pekat 2 sudu. sedappp laaa jugak. tapiiii entah macam manaaa boleh hangus tengah tu. HAHAHA
chicken butter milk. versi 3 orang makan. 2x repeat :)
lauk tengahari tadi. tomyam ayam untuk hud. ikan bawal masak 3 rasa untuk mama ayahnya ;)
CONVERSATION
menu semalam punya cerita.
hi! bila lockdown sambung menyambung, entry memang penuh makanan jelaa.HAHAHA padahal sebelum ni takdelaaa rajin masak jaa. pantang malas belii makanan kat kedai jaaa. tapi yang penting sebelom nii memang mood malas jeee.timee lockdown laki aku paling happy. sangat payah yaaa aku nak rajin masak. kahkah. selalu penat kerjaaaa je. haihh! nii time cuti tak bergajii laa. malas malas pon kenaa carik idea dan mood masak tau. huhu kadang laki dah cakap camnii "takpe laa beli jelaaa makanan tapi gunaaa duit sendiri yaaa"okayyy terus ada mood nak memasak. HAHAHAHA
ni makanan masa sarapan. cucur udang campur sayur. sebenarnya nak buat macam kat kedai. bulat bulat cantikk tuu. tak menjadi pulak. minyak kenaa banyak. sebab minyak kat rumah tak banyak. jimattt xD
ni makanan waktu tengahari. nasi putih dan udang masak kunyit. simple jaa. hikhik laki aku jenis tak minat lauk bebanyak. 1 lauk jaaa da cukup. sebab dia punyaa family dia memang jenis macam tu. bilaa balik kampung aku, laukk memang 4 5 jenis lauk. dia selalu pening nak makan lauk apa. ahaks.
ni makanan petang. jemput jemput pisang. manis manis gittuw. sebenarnya beli pisang nak bagi hud makan. tapi pisang tuu masam masam kott. hud ni anti sikit makanan yang masam masam. HAHAHAHA terpaksa laaa mama nya buat jemput jemput sukaaa dia bilaaaa da manis manis macam ni -.-'
makanan malam lupaaa pulak nak ambik gambar. makan kerang rebus. niii makanan fav laki andd hud.. lagi lagi cicah sos. fuhhhhh memangg nyummmm! baru ingat kenapaa tak sempat ambik gambar. budak berduaa nii laju gilaaaa gapppp makan. HAHAHAHA xD
CONVERSATION
Segmen Blogwalking Dan Pencarian Bloglist
CONVERSATION
SEGMEN : JOM REFRESH BLOGLIST
CONVERSATION
Alhamdulilah, ibu semakin sembuh dari covid19
hi! sebelom ni aku pernah cerita kan, ibu dan ayah aku positive covid19 kan? macam ayah aku alhamdulilah dah seminggu potong gelang. hah. pasal ibu aku nii,aku nak cerita laaa kan. last entry aku ada cerita kan. ibu kenaa masuk hospital sebab pernafasan dia tak okay dan dimasukkan oxygen. ingat tak yang ni?hmm selepas sehari dia masuk wad biasa. ibu aku kenaa masuk icu. hmm.
CONVERSATION
nasi lemak pandan dan sambal kerang.
Hi! nak carik idea masakan nii bukan senang yaa. kadang jemuuu ponn iya. bosan pon iyaa. tetiba ternampak menu nii kite ponn try. menarik dann sedappppp ye. HAHAHA macam sambal kerang tuu memang tak pedas langsung memang nak bagi hud makan. taktahu laa hud nak makan ke tak
lepastu kann. aku dah makan and kenyang. baru aku teringat aku ada beli daun pisang untuk letak nasi lemak beralaskan daun pisang. alahai macam mana entahhhh boleh lupa. adakah disebabkan terlampau lapar tadi. hikhik.
CONVERSATION
Wordless Wednesday - Random photo
bergedil daging sebelom
bergedil daging selepas. dekat telor letak tepung sikit. dah macam kuih kasturi dah xD
CONVERSATION
lempeng kelapa dan telor kari.
Hi! semalam singgah blog kak Amie dan blog kak Suria Amanda makan lempeng. alahai. sedappp yaa. lama tak buat! so disebabkan semalam tengahari cuma beli jaa. disebabkan barang basah banyak yang takde kann. so beli jaa laa makanan kat foodpanda. ahaks! aku memang akan belanja pada hari weekday jaa. tak ramai sangat orang. nama jaa lockdown. orang ada ramai jaa mana mana kan -.-'
so petang aku mesti nak buat something. okayy terhasil laa telor kari dan lempeng kelapa. sedapppp okayy. lagi lagi lempeng kelapa. berlemak lemak! HAHAHA.
CONVERSATION
Resepi pizza guna roti putih.
Hi! sebenarnyaaa dah lama nak buat resepi nihh tapiii tulaaa mood rajinn tuu selalu hilang kat mana mana jaa. disebabkan semalam mood terlampau bosan. kite buat laaa. ini ponn kite guna bahan apa yang ada kat rumah jaaa yaaa ;)
bahan-bahannya
Butter
roti 4keping - potong dadu
sos cili 3 sudu, sos tomato 2 sudu
cheese slice - 3keping
cendawan butang sikit
udang 3 ekor
jejari ketam 3 keping
bawang holland - 1 ulas
susu fullcream - 2 sudu
mula mula aku tumis bawang holland bersama cendawan butang,jejari ketam dan udang. agak agak dah naik bau tutup api .
lepastuu roti tuu potong dadu macam ni yaaa
gambar sumber dari majalah.pama
lepastuu masukkan telor kat roti yang di potong dadu. masukkan sekali garam sikit dan 1 sudu susu fullcream. gaul gaul sampai semua semua sebati yaaa. lepastuu panaskan kuali dengan butter. pastuu masukkan roti tuu dalam kuali.. pastikan api kecik yaa. pastikan roti tuu ratakan dan pastikan membulat gittuw. baruu la ada rupa pizza gittuw.. pastikan bawah dah masak..and terbalikkan.
dah terbalikkan. so sapukan sos diatas roti. pastikan sapu rata ya.. pastuu masukkan deco dia yang ditumis tadi macam bawang,cendawan, jejari ketam dan udang.. yang terakhir masukkan cheese. pastikan kuali tuu ditutup yaaa. barulaaa cheese tu cairrrr dann lepastuu baru boleh tutup api. dah siappp!
walauponn rupaa dia macammmm tak ada rupa. tapii bolehh laa, hud paling banyak makan oakyyy! HAHAHA
CONVERSATION
bila kau dah bosan dengan masakan sendiri.
Hi! sejak cuti nii aku sangat sangat takde idea nak masak. bilaaa aku ternampak orang makan tu ini. nanti mulaaa nak buat jugak. yang senang tu boleh laa. kalau bahan terlampau banyak memang malas laa nak buat! HAHAHA.okayyy tapi aku bukak laa foodpanda sebab dah bagitahu dengan laki bosan dah makan makanan sendiri kannn. tapi kannnnn
bilaa aku bukak foodpanda aku taktahu nak makan apa. aku tutup laa app foodpanda tuu. last last, aku decide nak masak nasi goreng jaaa. senangg jaa kan. HAHAHA lepastuu aku bosan.sebab mesti laa kena masak nasi dulu kan. soo aku bukak app foodpanda balik. ehhh ternampak kek pulak.HAHAHAH soo memang terbeli betul K. sebelom nii aku pernah makan kek SDS lovely rainbow. sedap la jugak tak manis sangat.
kusyuk nyaaa makan ehh :)
CONVERSATION
Resepi sambal sotong.
Hi! sejak cuti lockdown nii rajin pulak nak share resepi kan. HAHAHA biasalaa hari hari masakkan. kalau takk jarang dapur tuu nak berasap setiap hari tuuu. hikhik. okayy, sejak rajin hadap tik tok nii. macam macam resepi aku layan. tuyang ada jaa idea nak masak tuu xD okayyy jomm layannn resepi sambal sotong aku. hehe
bahan bahannya:
sotong 1 kg - dah siap potong
bawang besar - 2 ulas - blend
bawang merah - 1 ulas - blend
bawang besar - 1 ulas - dihiris - untuk accessories
bawang putih - 3 ulas - blend
belacan 2inci - blend sekali dengan bawangss
lada blend - 3 sudu
gula - 2 sudu
garam - 1 sudu kecik
perasa maggi - 1 sudu kecik
sos cili - 2 sudu
minyak - 4 sudu
first, letak minyak dan tumis bahan yang di blend tuu lepas tuu masukkan lada blend. agak agak dah naik baru bau baru masukkan gula,garam,perasa maggi, dan sos cili. gaul gaul. agak agak bahan menumiss nii dah pecah minyak. rasa ponnn cukup. baru masuk kan air sikittt. lepastuu baru masukkan sotong. gaul gaul agak agak sotong dah masak barulaa tutup api dan letakk laa bawang yang dihiris tuuu. dah siappp!
CONVERSATION
harap harap semuanyaa baik baik jaaa.
Hi! sejak sejak nii mood aku dah larik kemana.sebab ibu aku dah dimasukkan hospital sebab pernafasan nyaa tak berapa elok. dan terpaksa pakai oxygen. nak bercakap or call memang sentiasa pakai oxygen. dengar suara dia ponn terasa sebak T.T dan pagi tadi. ada tambah gejala lain. buang air besar dan kecik terus sampai ibu keletihan. harap harap ibu aku baik baikk jaa dan dipermudahkan kesembuhan dia :')
Makcik dan ayah aku, suruh amalkan surah alam nasyrah. untuk mempermudahkan kesembuhan ibu aku ni. harap harap macam tuu laa. inshaallah :')
1). Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
2). Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu
3). Yang memberatkan punggungmu ?
4). Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu ,
5). Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
6). Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
7). Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
8). Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap
CONVERSATION
Resepi Nasi Ayam versi simple.
Hi! disebabkan duduk rumah terlalu lama. macam macam idea datang nak masak. HAHAHA haritu ada ternampak ada sorang blogger nii makan nasi ayam tetiba jaaa aku rasa macam nak makan nasi ayam jugak. tapii buat sendiri lagiiii jimat kann. dapat makan banyak ponnn iyaaa xD okayyy mehhh aku share resepi nasi ayam versiiii aku. hikhik
Resipi nasi ayam versi simple
bahan untuk sup/ayam bakar
ayam seekor - potong 12
kicap manis - 3 sudu
sos tiram - 2 sudu
madu - 1 sudu
bawang besar - 1 ulas
Bawang putih - 2 ulas
halia - 1inchi
air - 3 cawan
kiub ayam maggi - 1
first sekali, blend bawang putih,besar dan halia. selepas itu tumis bawang tuu. bilaa da naik bau, masukkan air dan ayam tu. selepas tuu baru masukkan kiub ayam maggi dan garam sikitt. bila agak agak air dah mendidih dalam setengah jam baru laa tutup api,dan kuarkan ayam untuk dibakar. ayam tu gaulkan sos tiram,kicap dan madu terus masok dekat air fryer. letak minyak sikit. bakar selama 10-15minit dalam suhu 180c.
bahan untuk sambal versi tak pedas
bawang putih - 2ulas
bawang besar - 1 ulas
halia - 1 inchi
lada hidup merah - 12tangkai
cili padi hijau - 4tangkai
secukup rasa , garam sikit dan gula 2 sudu.
*semua nii blend yaa
serai - 2 tangkai
first, tumiskan bahan yang di blend tadi dan masukkan sekali dengan serai tu. lepastuu terus masukkan gula,garam dan perasa. agak agak dah berubah warna. baru masukkan air rebusan sup tadi okayyy.
bahan untuk nasi - 4 orang makan
beras basmathi - 2 cawan
planta - 2 sudu
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 2 ulas
halia - 2 inchi
kiub ayam maggi - 1
air rebusan sup ayam - 2 cawan
air biasa - 2 cawan
mula mula tumis bawangs mengunakn planta, bawangs tuu just hiris hiris jaa tau. bilaa da naik bau baru masukkan air rebusan dan air biasa. dengan beras. lepastu baru masukkan kiub ayam dan garam secubit. okayyyyy siappppp!
hah! macam accessori tuu cumaa tambah daun salad,timun dan tomato.
CONVERSATION
Ibu dan Ayah positive covid-19
Hi! cerita ni start ayah aku kontak rapat dengan jiran sebelah rumah ni. masa raya adalah orang datang beraya rumah dia. andthen tetiba orang yang datang beraya tuu kena positive covid-19. dan jiran aku nihh selepas tuu 1 rumah tuu positive covid-19 tauu. sebelom kenaa tuu, ayah aku adalah borak borak sama. pergi gaji sama kat surau. bila swab test ayah aku positive covid-19 dan takde gejala.
Selepas tuu, mestilaa ibu dan adik aku kira kontak rapat ayah kan. sebelom swab test ibu aku dah demam 3 hari, sakit tekak dan pening kepala. adik aku pulak ada sakit tekak jugak,sakit dada dan ada ruam ruam. tapi adik aku negative. adik aku memang dapat rasa dia positive covid-19. doctor sarankan adik aku kurantin kat tempat lain. so adik aku kurantin kat hotel budget dan lagi 7hari kena buat swab test lagi.
sebenarnya adik dan ibu aku ada penyakit. mungkin sebab tuu dieorang ada gejala. macam ibu aku ada penyakit 3 serangkai tuu. tapi ibu still kurantin kat rumah sebab pusat kurantin semua penuh kat area johor. hmmm korang bolehh bayangkan tak? aku dahnyaaa da berapa bulan tak balik tetiba ibu ayah aku tetiba positive covid-19. dahnyaaa berjauhan lain daerah. akuu pon takleh nak tolong apa. nak belikan pape pon takleh. aku sendiri ponn cuti tanpa gaji. wuuu memang aku tengah serba serba jimat jaa.
korang tolong doakan ehhh family aku sembuh macam biasa. harap harap takde yang teruk. moga moga dieorang kuat okayyyy! :')
CONVERSATION
GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious
d' SAMBAL licious mengeluarkan produk sambal yang sedia untuk dimakan. 2 produk dihasilkan iaitu Sambal Bilis Pedas dan Sambal Petai Bilis Pedas.
Produk ini boleh didapatkan di Shopee dengan harga RM12.00 untuk Sambal Bilis Pedas dan RM14.00 bagi Sambal Petai Bilis Pedas.
CONVERSATION
Menang Happy Birthday Giveaway by Abam Kie
CONVERSATION
Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah
CONVERSATION
Dapat laptop baru!
hi! nii laki aku belikan laptop sempena Work From Home 2 minggu lepas. tapii tulaaa 01 june tetiba lockdown. and then, office aku tak tersenarai untuk kerja. dan duduk jelaaa rumah. tak kerja takde duit.hmmm cuti cuti ponn bukan sentiasa free.ada anak masa kecik kan. tunggu dia tidur baru ada masa nak hadap blog. HAHAHAHA.
Takada masa lagii nak balas blogwalking ni. Maaf yaaa. ada masa aku balas blogwalking tuu. sebenarnya aku tengah mood sedih. nanti next entry aku cerita okayyyy!
CONVERSATION
Total Lockdown Start Harini.
Hi! Lama pulak private blog haritu. HAHAHAH ada yang try masuk ke? sorry yaaa. mood nak tukar template simple jaaa tapii mood nak hadap code takdeee. tuyang jadi berhari hari.HAHAHA -.- okayyy siapa dekat sini antara yang tersingkir tak payah kerja tuuu. bolehhh laa gengggg. tapiii sedihhhh kann.. dahnyaaa tak kerja tanpa gaji. teringat masa PKP 1.0. memang takde gaji okayyy. hmmmm
Bagi mereka yang terpaksa cutikan dan diberhentikan kerja moga diberi kesabaran yaaa. mogaaa sentiasa ada rezeki selalu. tengah cubaaa untuk pujuk hati ni. hmmm.
CONVERSATION
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
About Me

Hi, nama saya Nadyya. berumur 29tahun. sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak bernama Hud.saya orang johorean.
Followers
Blog Archive
-
▼
2021
(142)
-
▼
June
(21)
- WW - mee kari kaki ayam masakan untuk lunch.
- dah sebulan cuti terpaksa tanpa gaji.
- wordless wednesday - random photo
- menu semalam punya cerita.
- Segmen Blogwalking Dan Pencarian Bloglist
- SEGMEN : JOM REFRESH BLOGLIST
- Alhamdulilah, ibu semakin sembuh dari covid19
- nasi lemak pandan dan sambal kerang.
- Wordless Wednesday - Random photo
- lempeng kelapa dan telor kari.
- Resepi pizza guna roti putih.
- bila kau dah bosan dengan masakan sendiri.
- Resepi sambal sotong.
- harap harap semuanyaa baik baik jaaa.
- Resepi Nasi Ayam versi simple.
- Ibu dan Ayah positive covid-19
- GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious
- Menang Happy Birthday Giveaway by Abam Kie
- Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah
- Dapat laptop baru!
- Total Lockdown Start Harini.
-
▼
June
(21)
Blog Wajib Singgah
-
Rindu Nak Duduki Semula Rumah7 hours ago
-
Senja di Pinggir Laut Payang8 hours ago
-
-
-
-
KEK TAPAK KUDA BY AZRA3 days ago
-
Family Mart : Matcha Vitagen3 days ago
-
Clear Stamps - Tickets2 weeks ago
-
Renew Domain Blog Untuk Tahun Kedua3 months ago
-
Aku Masih Ingin Menaip4 months ago
-
HAPPY 2023 !!9 months ago
-
-
october 2022 sudahhhhh11 months ago
-
-
Parut dan regangan itu2 years ago
Labels
- 10 Days Music Challenge
- 10dayyouchallenge
- bertukar wajah.
- cabaran blog 15 hari
- Editing Blog
- FoodLovers
- Giveaway
- hadiah menang giveaway
- hadiah top commentors
- header
- membebel.dot.com
- merepek.com
- My Birthday
- My Giveaway
- pengalaman bersalin
- Personal
- resepi
- review blog
- Review Novel
- search keywords
- segmen
- The Liebster Award
- wordless wednesday
- WW
12 Comentarios:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD