Alhamdulilah, ibu semakin sembuh dari covid19

Assalamualaikum


hi! sebelom ni aku pernah cerita kan, ibu dan ayah aku positive covid19 kan? macam ayah aku alhamdulilah dah seminggu potong gelang. hah. pasal ibu aku nii,aku nak cerita laaa kan. last entry aku ada cerita kan. ibu kenaa masuk hospital sebab pernafasan dia tak okay dan dimasukkan oxygen. ingat tak yang ni?hmm selepas sehari dia masuk wad biasa. ibu aku kenaa masuk icu. hmm.

waktu petang betul betul sebelom maghrib ayah call, "akak, tadi ibu call bagitahu. ibu kena tidurkan dan dimasukkan icu. Allah! mohon bacakan yassin dan doakan ibu" *ibu aku kena intubate kat icu tu* lepastuu memang aku nangis, nangis, dan nangis. selepas jaa maghrib tetiba dapat kekuatan. yes! aku kenaaa kuat dan banyakkan doakan ibu inshaallah ibu akan kuat dan sedar.

alhamdulilah, ramai yang tolong doakan ibu aku time tu, selepas 2 hari di icu, ibu aku dah sedar dan boleh bernafas macam biasa dan dah dibukak oxygen nyaa. tapii sehari lepas tuu ibu aku masih pakai oxygen melalui hidung dan waktu tuu ibu aku terlalu lemah. dan lepastu doctor try bagi ibu aku minum dan makan. dekat seminggu jugak ibu aku kat icu. sehari kat wad biasa covid. dan semalam dah masuk wad biasa. 

sepatutnyaa harini ibu aku dah boleh balik sebenarnya. tapi doctor nak buat checkup penyakit kencing manis ibu. okayyy setakat nii ibu aku dah sembuh dari covid19 tapi effect dari masuk icu tuu. ibu aku agak susah sikit nak cakap, nak berjalan pon agak susah. kenaa jalan slow dan kena banyak exercise. sekarang ponn ibu aku masih pakai pampers. mogaa ibu aku sentiasa kuat dan cepat sembuh laa hendakNYAaa :)

CONVERSATION

8 Comentarios:

  1. Alhamdulillah. Syukur seribu syukur. Hati anak manalah tak risau dengan keadaan ibu yang begitu kan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Semoga segera sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah....
    Semoga sembuh sepenuhnya ye.. :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kak nadyya, semoga ibu kak nadyya dilindungi Allah selalu :)

    ReplyDelete
  5. Sedihnya baca. Alhamdulillah dh keluar wad. Tambah ada diabetes ni memang virus tu suka sangatlah. Harap cepat2 dorang dpt vaksin

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD