Resepi Nasi Ayam versi simple.

Assalamualaikum


Hi! disebabkan duduk rumah terlalu lama. macam macam idea datang nak masak. HAHAHA haritu ada ternampak ada sorang blogger nii makan nasi ayam tetiba jaaa aku rasa macam nak makan nasi ayam jugak. tapii buat sendiri lagiiii jimat kann. dapat makan banyak ponnn iyaaa xD okayyy mehhh aku share resepi nasi ayam versiiii aku. hikhik

Resipi nasi ayam versi simple

bahan untuk sup/ayam bakar
ayam seekor - potong 12
kicap manis - 3 sudu
sos tiram - 2 sudu
madu - 1 sudu
bawang besar - 1 ulas
Bawang putih - 2 ulas
halia - 1inchi
air - 3 cawan 
kiub ayam maggi - 1

first sekali, blend bawang putih,besar dan halia. selepas itu tumis bawang tuu. bilaa da naik bau, masukkan air dan ayam tu. selepas tuu baru masukkan kiub ayam maggi dan garam sikitt. bila agak agak air dah mendidih dalam setengah jam baru laa tutup api,dan kuarkan ayam untuk dibakar. ayam tu gaulkan sos tiram,kicap dan madu terus masok dekat air fryer. letak minyak sikit. bakar selama 10-15minit dalam suhu 180c. 

bahan untuk sambal versi tak pedas
bawang putih - 2ulas
bawang besar - 1 ulas
halia - 1 inchi
lada hidup merah - 12tangkai
cili padi hijau - 4tangkai
secukup rasa , garam sikit dan gula 2 sudu.
*semua nii blend yaa
serai - 2 tangkai

first, tumiskan bahan yang di blend tadi dan masukkan sekali dengan serai tu. lepastuu terus masukkan gula,garam dan perasa. agak agak dah berubah warna. baru masukkan air rebusan sup tadi okayyy.

bahan untuk nasi - 4 orang makan
beras basmathi - 2 cawan 
planta - 2 sudu
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 2 ulas
halia - 2 inchi
kiub ayam maggi - 1
air rebusan sup ayam - 2 cawan
air biasa - 2 cawan

mula mula tumis bawangs mengunakn planta, bawangs tuu just hiris hiris jaa tau. bilaa da naik bau baru masukkan air rebusan dan air biasa. dengan beras. lepastu baru masukkan kiub ayam dan garam secubit. okayyyyy siappppp!

hah! macam accessori tuu cumaa tambah daun salad,timun dan tomato. 

macam nii laa rupa nasi ayam asal boleh. HAHAHHA yang penting kenyang xD

CONVERSATION

14 Comentarios:

  1. Bila masak sendiri ni puas hati boleh makan lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuu sis.. boleh makan banyak tu.hehe

      Delete
  2. Bestnya. Lagi-lagi ayam tu cicah sambal.

    ReplyDelete
  3. Ringkas tapi nampak sangat sedap. cilinya nampak pekat, pasti pedas dan sedap.

    ReplyDelete
  4. Lama xmasak nasi ayam.. simple tp sedappp

    ReplyDelete
  5. Masak sendiri lagi puas hati kan kak nadyya hehehe, boleh makan acap kali :D

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaa....nak buat jugak nanti tapi ayam versi steam...dapnyaaaa....

    ReplyDelete
  7. Akak geram tengok ayam dengan sos cuka tu. Yummehhh!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD