Thursday, October 23, 2014

Resepi Ikan Masak Asam Pedas Made My Mom!

Assalamualaikum
Pagi nih nak share Resepi Asam Pedas Made my mom. Aku memang sengaja nak share resepi pepagi nih biar korang terliuqqq! HAHAHAHA. dann tengahari nanti bole la korang cuba resepi ni ye dopp? ;p Sebenarnya resepi ni da lama aku nak share tapiii mood malas telah menguasai diri. soo baru berkesempatan nak share. kehkeh.

Oke, sebenarnya ini bukanla lauk kegemaran aku tapi lauk kegemaran ayah ku tersayang. nak tak nak aku kene mahirkan jugak masak lauk nih sebabnya ibu aku pena tegur aku 'cuba kalau masak tuu ingat ingatlaa orang lain, jangan nak ikot selera sendiri je!' nampak tak? fuhh memang sentapp habis -.-

sebabnyaa dulu masa mula mula aku pandai masak. hari hari aku masak lauk kegemaran aku tau! *kejam kan?HAHAHA* bila dah kene ayat makan dalam tuu terasa insapp laa. yela, mana la tahu dapat lak suami tak kena selera dengan lauk kegemaran kite. memang menangis tak berlagu la kan.. soo kene la jugek belaja masak lauk BUKAN kegemaran kite. kan?kan? dah , dah jom layan resepi nih~ 

Tudiaaa Ikan Masak Asam Pedas air tangan aku! HAHAHA

Bahan-Bahan
  • 3 - 6 ekor ikan kembong/ ikan selar / ikan jahan *segala ikan yang sedap dimasak asam pedas -- disiang dan dibersihkan
  • secekak daun kesom-- agak - agak la yee
  • 3/4 cawan air asam jawa (1 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis
Bahan dikisar
  • 6/7 sb cili kisar -- nak lagi pekat/pedas tambahlah lagi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan dikisar halus tadi. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau. pastikan bahan yang di kisar tadi betol betol masak.
  2. Masukkan ikan dan bersama jus asam jawa, gaul rata,biar mendidih.
  3. Tambah daun kesum. Tambahkan air dalam 1/2 cawan lagi. ikot kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing masing yee.
  4. Biarkan mendidih lagi. letak sedikit garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan siapppp!

** mudahkan? selamat mencuba semua!!! next resepi adalah lauk kegemaran aku! yehhhh**

18 comments:

  1. Aduhai, pagi2 Nadya dah buat akak lapar nasi!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya asam pedas... Menu feveret ayah Nadyya yer, sama la zumal pun kalau masak kena utamakan menu feveret tok dulu ^_^

    ReplyDelete
  3. euuum jadi laper deh kak liat makanan di atas hehhe

    ReplyDelete
  4. sedapnya.. kalau kena dengan nasi panas boleh terangkat ni..

    jemput join bloglist november N, tamat hujung bulan october:
    http://kapas-putih.blogspot.com/2014/10/segmen-kapas-putih-november-bloglist.html

    ReplyDelete
  5. Asam pedas favourite Cik Mimie :) lebih suka mak masak..haha..kalau sndiri masak macam tak sedap je..hahaha

    ReplyDelete
  6. adoii, dah la tengah hujan. makan dengan nasi panas2 saja pun sedap ni.

    ReplyDelete
  7. Fav akk tauuuu nadya...
    Mmg suke rase pedas2 masam gitu...
    Alamaakkk terliuq plak

    ReplyDelete
  8. boleh tahan menggodaaa asam pedas ibunda awak ni T________T makkkk! nak asam pedas jugaakkk

    ReplyDelete
  9. alamak terliuq plak tgok! yana mmg minat betul makan asam pedas!

    ReplyDelete
  10. kalau arwah opah kaksha, letak lada hitam sekali... nak best lagi... tumis dengan halba campur.... hahaha itu style kaksha laa sebab memang kaksha gila asam pedas....

    ReplyDelete
  11. -_________- hanya mampu merenung. tak pandai lagi nak buat. Hahaha. siang ikan pun fail lagi. koyak rabak body ikan. T_T

    ReplyDelete
  12. my fevret food jugak :)
    sedap nya asam pedas. tapi xpernah try masak.

    ReplyDelete
  13. makk aihh. akak dh lama tak masak asam pedas. hehe

    ReplyDelete
  14. Feveret husband saya. Dulu saya pun tak pandai masak, tapi sekarang dah terror masak asam pedas ni. Cuma tak bape nak makan ja.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD

COPYRIGHT 2017 by CikNadyya