Saturday, December 6, 2014

Setelah 5 Hari Bekerja

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Masa ahad petang sampai la jugak rumah sewa akak sedara jauh aku tuu. Tapi duduk situ sementara je. sebelom akhir bulan ni kiteorang pindah la. tapi masalahnya rumah sewa pon takdapat lagi tau.? fuhh rumah kat JB memang mahal mahal. gaya hidup dah macam kat KL je. haihh pening dibuatnya tauu ><

Nak dijadikan cerita, Akak sedara jauh cakap malam tuu nak kuar makan dengan pakwenya. soo dia ajak laa aku sekali. nak cakap taknak pegi, tak terkeluar lak suara. HAHAHA. lepastuu macam seram lak. kena tinggal kat rumah sorang sorang. tak biasa kot. soo petang tuu da nak dekat maghrib. letak je barang kat bilik. terus mandi dan keluar laa. mula mula pakwenya bawak gi ICT JB tau. ala-ala ICT shah alam tuu. memang cantek gilaa! baru tahu kat JB ada tempat secantik macamni. HAHAHA tapi sorry aku tak amek gamba.
Credit : Mama Niza

Hari Pertama dan Kedua
Masa nak pegi keje tuu memang aku rasa cuak gilaa, kat situ aku tak kenal sapa-sapa kan. sedara jauh aku pon, aku mana la kenal sangat kan. first time jumpa kan. soo memang time tuu malu laa. dah masok office. lepastuu kawan sekerja says ''Kat office ni, keje bahagian audit kekurangan orang. Awak tukar bahagian audit ye? boleh?" *Hadoi. gilaa tol. basic akaun je aku dah lupa. apa lagi amek audit.akuuuuu takkkk nak!!!* dan aku jawap "Bole. tapi saya taktahu bahagian audit tuu. takpenah belaja bahagian audit" *Nampak tak? hati dan mulut tak seiring. HAHAHA* dia says "Takpe. nanti Mira ajar"

Belajar bahagian audit. dan diajar oleh sedara jauh aku.

Bila dah diajar bahagian audit. serius la. aku memang takleh masok otak part audit ni. terasa susa gilaa. dahnya akaun ni takbape minat. apalagi audit T-T fuhh aku rasa time tu nak bhenti keje sekarang korang tahu tak? wuuu T-T


Hari Ketiga, Keempat dan Keelima
Hari Ketiga baru aku dapat bersemuka dengan bos aku tau. Handsome gila! HAHAHA. tapi cina la. Ekceli, bos aku baik tau. Dia panggil aku masok biliknya kan. tanya la aku duduk mana, keje ok tak, dan aku ada cakap la, yang aku ni tak tahu langsung part audit. pastuu bos aku cakap laa. suruh pekerjanya yang lain ajar basic basic akaun je dulu. lepastuu memang aku rasa lega gila.

Hari ketiga - Keelima aku rasa ok la.. tak rasa tertekan pon. just tolong kawan sekerja aku buat filling. huu. time tuu baru aku rasa ada geng la. sama umur kan. yang lain umur semua atas aku. tapi yang sama umur aku keje secretary bos la. :)


Cukupla sampai sini. Lain kali aku cerita lagi ;)

 Kalau korang nak tahu, rumah sewa aku sekarang belakang ofice je. soo pegi keje jalan kaki jela. tapi takdela dekat sangat. Jalan kaki. 5min sampai la kot. Heee Kbye!

21 comments:

  1. best la dapat bos baik gila. hehe. tahniah nadya dah kerja. nak jugak kerja. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. alhamdulilah :)
      jom la keje sni. hehe

      Delete
  2. aja aja fightinggg kak nanad ! makin lama nanty mesti lagi best kerja kat situ. Dah ada geng. hehe. ^_^ wahh jalan kaki. Takpe . bole jaga kesihatan sekali. Kann?? Hehe
    All the best akak ! :D

    ReplyDelete
  3. untunglh rumah sewa blkng office..
    jln kaki shjelah gamkanya..
    hukhuk

    ReplyDelete
  4. wahh seronok dengar nadya dah start keje...jangan takot2 tau nadya, insyaallah nnt mesti dapat kawan dengan ramai orang....akk dulu2 dekat msia penah keje MPH, nandos, borders, memang takot masa mula2, tapi pastu dapat ramai sangat kawan2... seronok :D

    ReplyDelete
  5. dekatlah ofis dengan rumah sewa..jimat sikit jalan kaki ja..hehe..

    cantik juga ICT Jb tu kan..

    okey la tu nanad cari pengalaman tempat lain..banyak perkara boleh dipelajari kan :)

    ReplyDelete
  6. awai2 memang macam tu, rasa nak berhenti ja kan. haha. takpa2, teruskan semangat. lama2 dah biasa mesti syok punya kerja kat situ. ^^
    dekat betul la umah sewa dengan office. dah jimat bab transport. untungnya laa. hehe. kalau kat area kl, boleh mintak nadya tolong adjust kerja sat. jb macam terlalu selatan la. jauhhh. ^^

    ReplyDelete
  7. mesti seronok ni dpt bos handsome gila..hehee

    ReplyDelete
  8. Kerja berkaitan dengan perakaunan la ni ya? Moga Allah permudahkan :)

    ReplyDelete
  9. wahh dh kerja ye nanad.. tahniah.. kita same umur kot?? 22 kan? :)

    ReplyDelete
  10. boleh ler senaman sambil sambil.. hihi. all the best with your work, kak. moga dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  11. nanad ^^ wow dah kerja. jauhnyaaaa ke jb sana. doakan akak pulak dapat kerja k.. selamat bekerja and tetapkan niat yaa..

    ReplyDelete
  12. Semoga nanad terus sukses dalam dunia pekerjaan..mula2 memang xtau pape..insyaAllah lama2 pandai lettew..hehehe..

    Cik Mimie memang tolak awal bahagian akaun n audit ni..hahaha...failed..

    ReplyDelete
  13. Semoga dipermudahkan la urusan kerja Nadyya tu... Zumal dulu masa awal kerja kat ofis macam tak tau apa kena buat, nasib kekawan ok...

    ReplyDelete
  14. Alhamdullilah. Semuanya selamat. Rindu akak kat nadyaa

    ReplyDelete
  15. Selamat bertugas, Nadyya. Kerja elok-elok ye.

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah :D moga terus sukses

    ReplyDelete
  17. Best la dapat bos baik.
    Rumah pun dekat, sambil jimat dan menyihatkan badan.

    ReplyDelete
  18. jln kaki leh save budget dan badan pun sihat

    ReplyDelete
  19. 1st day mmgla segalanya baru. tmbah pulak mmg tmpt org kan. kena byk sabaq tau nanad. tu boss hensem kira semangat gak la tu hahaha

    ReplyDelete
  20. amboi, syok la boss hensem. hehehe. xtahulak ada ict gak kat JB. macam syok je. kalau i city kat shah alam tu, panas... hahaha... jangan pakai baju tebal sangat even malam pun.. kalau ujan, xpela kot

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD

COPYRIGHT 2017 by CikNadyya