The Liebster Award by Ai Syah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hai . Hai . Rasa macam da lamanya tak update entri kan. Rasa rasa nak dekat seminggu jugak. rasa malas nak update dan sebenarnya takde benda nak cerita. idea memang takde la 0% takde. heee.
konon konon nya ni nak join The Liebster Award by Ai Syah.
Maklom laa tak reti ni nak join Award mana mana ni =P

http://wordingwell.com/the-liebster-award-the-official-rules-my-first-blog-award-and-a-few-personal-secrets-revealed/

1- Definisi 'HIDUP' bagi anda .
Definisi HIDUP? Apa yee. Hah! Orang salu cakap makanlaa, Makan untuk hidup. Soo definisinya kena la makan banyak banyak. Eh eh. macam tak kena je definisinya tuu. hee. Definisi HIDUP nak jadi anak yang Solehah dan Future isteri, mama yang Solehah Inshaa Allah ^_^

2- Apa matlamat hidup yang anda nak capai ?
Nak membahagiakan IbuAyah InshaaAllah =)

3- Apa matlamat hidup yang telah tercapai ?
Alamak. kenapa terasa soalan nih susa sangat neh. HAHAHA. Setakat ni belom ade kott. Sadis kan? =P

4- Apa yang anda buat untuk capai matlamat tu ?
Berusaha bersungguh sungguh walaupon 'benda' tuu susah nak dapatkan. Sebagai contoh kerja. Berusaha perbuatan dan doa. InshaaAllah lepas ni dapat kottt ^^

5- Kerja paling gila dalam hidup ?
Kerja Paling Gila? Entaa nih kerja gila ke apa. Sound orang lebih tua dari saya (Exroomate). Ekceli, selama nih saya hormat dia. tapi di sebabkan die macam tak reti hormat saya. ayat kasar semacam je kan. Mulut yang baek lagi sopan pon terlepas sound dia. tuu pon dikira baek jugak ayat ayat saya tuu daripada dia tuu. dan akhirnya saya pon keluar dari rumah tuu. HAHAHA #Tak semua orang yang baek dengan kita betol betol baek. takpe, berjaga jaga jela =)

6- Sumber inspirasi anda selain mak ayah , adik beradik . Kenapa ?
Sumber Inspirasi? Sape yek? Hee. Penulis Novel! Nak tahu kenapa? rasa dieorang hebat. Mampu menulis buku setebal tuu. idea dieorang best2. saya nih nak update entri pon terkial kial nak carik idea. Heee betol tak? =P

7- Kisah yang paling sedih dan buat anda down sangat2 ?

Kisah paling sedih takde kot setakat ni. Skip ehh =P Yang membuatkan saya down bila ada someone tuu selalu ungkitt kisah silam saya. K down sangatttt -_-

8- Apa yang anda buat untuk kembali ceria ?

Apa ye? Hmm. Makan, makan, makan. dengar lagu dan tido ! =D

9- Favourite quote ?

Sebenarnyaa banyak. K ni copy kat Twitter "Aku cemburu dengan mereka. Yang masih lagi mampu berdiri bila jatuh. Yang masih lagi senyum bila kecewa. Kekuatan itu tak semua manusia ada."

10- Pandangan tentang blog ni ?
Oklaa cantek. Tema warna biru kan. Suka entri entri awak. terbaek :D

11- Pernah tak rasa menyampah dengan penulisan aku ? [haaa!! Jujur . ] . hehe .

Alamak. K jujur ehh. nak kata menyampah tuu taklaah. tapi time saya da malas sangat kan. lagi lagi kalau entri awak panjang bebeno. saya akan baca perenggan 1 dan akhir je. Heee peace =)

#Sorry laa kalau ade jawapan tuu macamn merapu je. macam syok sendiri je. HAHAHA. Berabad jugak memikir kan jawapannya. hehehe. Da jawap separuh lepastuu simpan kat draf. Susah gak soalan soalan ni taw. dah macam jawap exam pulak =P

Soalan :

1- Tujuan Asal BerBlog ?
2- 5 Fakta tentang diri anda?
3- Pandai masak tak? Suka masak apa?
4- Tempat yang paling anda ingin lawati/ kunjungi suatu hari kelak? dan kenapa?
5- Siapakah blogger kegemaran anda? Kenapa?
6- Da kawen belom? target kawen?
7- Hadiah paling best paling sweet anda pernah terima?
8- Suka baca Novel tak? Namakan Novel kegemaran anda itu dan kenapa?
9- 5 orang yang anda percaya dan sayang. selain ibuayah dan adik beradik.
10- Pendapat mengenai blog saya?
11- Kekurangan pada blog saya yang perlu diperbaiki?

Tag : 
Ai SyahJieNellyKak FaraIzzati AmiraAznur Elya, Anis, Alia Ali Ahmad, Siti Hajar

CONVERSATION

10 Comentarios:

  1. Terima kasih sudi menjawab n meluangkan masa ..sy tau soalannya susah..hehe..=)

    3-ade kot cuma xperasan je kan..or mmg sje nak secret2 . hee..

    5-wah! berani nye awk..

    7-kalau sy pun down . xsepatutnye terjadi . kan . hmm . sabar .

    9-kekuatan itu tak semua manusia ada. yup .tapi semua boleh cuba mencari kat mana kekuatan tu tersembunyi kan . -peace- . ;)

    10&11-thanks . yeah . sy tau itu . hee . syok sgt menulis mungkin . hehe .

    Overall , nice answer . =)

    utk y next questions tu , kalau sy sempat jawab , sy jawab . tp untuk masa sekarang mmg x boleh sebab tgh mood final exam . doakan . =) .maaf terlebih dahulu kalau mgkn xterjwb .

    ReplyDelete
  2. Dh jawab, Naddya.. Thanks sbb sudi tag sy.. :)

    http://aznurelya.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-nadyya.html

    ReplyDelete
  3. betulke akak tag sy. xde nama saya pon T.T

    ReplyDelete
  4. http://supergirl-kawaii.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html

    done! :D

    ReplyDelete
  5. @Ai Syah heee sama2. laen kali bwt soalan snang2 la ckit =P

    AHAHAH, ok2. good luck taw awak =)

    ReplyDelete
  6. @Super Girl HAHAHAHA sala nama ekk? sory3 -_-

    ok thanks taww ^^

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD