Banjir menghantuiku.

Assalamualaikum

The story of r/Place. As told by a foot soldier from r/Mexico (Part 3)

Hi, lama gilaa tak up entry, last 2 bulan lalu okayyy. HAHA! sebenarnyaaa takde idea dah sejak2 tak aktif kat blog nii -.-' ni ponn officemate bagi ideaa. so meh laaa baca. sebab kejadian baru terjadi awal june haritu. fuhhh. sorry ye, entry sangat panjang >.<

sejak PKP yang first tuuu aku dah diarah cuti, so masa 13/05/2020 niii baru nak start kerja laa kan. and then, gaji bulan may tuu potong separuh bulan,dapat pulak awal, lagi beberapa hari hari raya kitaa tuuu. dan timee tulaa mesin basuh rosak, time tuu jugak tv rosak and paip rumah prob! so awal bulan june settle kan semuaa, so time tuu terpaksa laa redha tapi masa yang sama risau laa jugak macam mana laa survive sampai akhir bulan june niii(sebab gaji memang masuk tepat2 akhir bulan). wuuu T_T

masa 04/06/2020 ni, tak sangka sebenarnya, lagi 1 jam nak balik dari kerja, hujan memang terlampau lebat,and sekelip mata banjir kilat dekat area office,masatu aku memang tak fikir apa, maybe banjir biasa.bila aku turun masa balik tuu, tetiba aku nampak kereta aku da tengelam air da melebihi bonet depan kereta tu, time tuu aku takleh brain, betul ke kereta aku yang tengelam tuuu.pastuu tetiba aku tengok laki aku dah kat dalam kereta. and dia try nak start kereta. air ponnn da masuk dalam, cushion and semua tuu memang dah tak dapat diselamatkan dah. -.- 

Time tuu aku berulang ulang cakap 'abeslah kereta aku ni'. sebab aku pernah laa dengar air kalau da masuk engine da tak berguna kereta tuu! haiyaa,dan nasihat aku, walaupon kereta dah masuk air kena banjir, jangan laa try2 start kereta ye, paling2 ponn, tunggu da repair kereta, kasi cuci dan betul2 rasa takde air baru start kereta yaaa.hmmm -.-

alhamdulilah, tak sia sia sewa rumah dekat nii, rumah aku belakang office jaa, soo kereta dari office tolak ramai ramai ke rumah aku. tapi tolong jangan cakap, rumah dekat pon sibuk nak drive kereta, sebab aku and laki malas jalan kaki, tuyang nak naik kereta, kawasan office banyak anjing, laki aku takut! KAHKAH 

lepastu, esoknya baru aku hantar kereta aku ke perodua. kang biarkan kereta lama lama jadi besi buruk pulak kann >.< so sebelom tuu macam biasa laa call insurance kereta kite, ada cover tak bencana alam tak. and jawapannya TIDAK cover!arghhhh. selama nii ponn tiap2 tahun renew insurance kita akan cakap, kita takkan hadap bencana alam. so sekarang aku tak tahu nak sedih ke nak sedih. wuuu dah settle part nii. kita tanya towing kereta pulak, macam biasa selalunya insurance kereta yang kita amek, pasti charge towing free untuk kes macam ni,tapi aku kena bayar jugakk weyhh. alasan dia, tak cover sebab banjir! hmm -.- sebab officemate aku dapat free je ponn. dah cukup, lepasni nak tukar insurance. fullstop!

Image may contain: food
keadaan kereta aku -.-

Bila aku ke perodua, orang perodua da geleng geleng kepala. first ayat dia 'u kena banyak duit ni nak repair kereta u ni. u banyak duit ke?'weyhh. dia tanya aku macam tu okay, so aku memang diam jelaa -.- lepas banjir kepala aku memang dah sakit kepala, lepas balik dari perodua lagi laa aku rasa macam nak pecah. mula mula aku rasa, kenapa laa kalini berat gilaaa dugaan ni, memang aku persoalkan kat laki aku je. jenis laki aku positif jaaa, walauponn time banjir tuu beg duit dia tercicir. HAHAHA -.- tapiii aku tetap tak tenang, biasalah bini kan, emosi mesti lebihhh kan. dan macam biasa laa kita tetap kena redha. bak pepatah lelaki 'maybe Allah bagi dugaan nii sebab nak jadikan kita kaya, so bersabar ye sayang ^.^'

dan alhamdulilah, selepas seminggu lebih kat perodua,kereta aku da boleh ambik. dan engine, gearbox semua tak masuk air, cuma ECU kunci kereta laa kena tukar kann. tapii orang perodua tetap cakap 'kita tak janji laa masa dalam sebulan dua, kereta tetiba tak okay, sebab kita da buat sebaiknya untuk tolong u all' repair kereta ni takdelaa mahal sangat bagi yang ada duit, dalam rm1,000 kebawah macam tuu -.- so korang tolonglah doa doakan kereta aku tetap okay yee. 

thanks korang sudi baca sampai ke bawah tauu. :)

CONVERSATION

8 Comentarios:

  1. Allah uji sebab Allah syggg.. semoga dipermudahkan semua urusan nad tauu 🌹

    ReplyDelete
  2. aduhhhhh tu paling risau kalo banjir kete tenggelam.. huhu

    nk cover insurans utk bnjir bkn murah..
    sbb dlu sy pernah keje buat insurans kete..
    blh tahan jgk la utk cover bnjir ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. Kalau banjir, memang problem betul.

    Dulu pernah beli kereta banjir 2nd hand, tapi tak tahu condition banjir.

    Dah bukak-bukak, baru perasan bekas kotoran banjir.

    Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  4. Semoga saudari kuat menghadapi ujian. Insyallah ada yang terbaik Allah nak bagi.

    Promote : dental clinic

    ReplyDelete
  5. God tests n helps us in strange ways 🙂

    ReplyDelete
  6. cobaan yg agak berat.. semoga tabah..

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan urusan sis.. salam kenal sy follower ke-3188

    ReplyDelete
  8. Insya-Allah, mudah-mudahan lepas ni kereta OK dan tiada masalah lanjut.
    Jaga diri, dik. Moga semua urusan lancar dan sentiasa dipermudah Allah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD