Tahun kedua ibu meninggal.

by - Thursday, November 07, 2024

Assalamualaikum


28/10/2022 ibu dan ayah menunaikan umrah. ceritanyaaa seminggu sebelum balik. ibu sampai jaa madinah. tetibaa tak sihat, demam dan batok. 1 bilik hotel kebanyakkan memang tak sihat.

ibu ni memang ada penyakit semput. memang dah lama tak kena.time tuu ibu kena balik semput. disebab kan time tuu ibu batok agak teruk. 3hari sebelum ibu meninggal. aku memang sempat videocall. batok nya memang agak teruk dan macam sesak nafas. 

esok nya, ibu terus dimasukkan hospital. dan kat hospital tuu tak lama, tak sampai 1 hari pon. ibu meninggal pada 7/11/2022. hari sepatutnya ibu balik malaysia tapiii ibu dikuburkan tanah perkuburan uhud.

allahu, pedihhnya sampai sekarang. selepas setahun ibu meninggal, ayah turut pergi jugak pada awal tahun haritu. semuanya memang tetibaa. Al-fatihah buat ibu dan ayahku, moga roh beliau dicucuri rahmat. aminnnn

You May Also Like

0 Comentarios

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD