Sunday, March 2, 2014

4 Tahun Sudaaa ~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Cak ! Cak ! Hee~ Macam tak caya je taw. .
Duk skodeng Sidebar sebelah kanan ni, dan tertengok Daisypath ticker.
Eh? Betol ke ? Macam tak caye je. Macam mimpi je. Macam macam macam je :p
Ceh, da 4 tahun aku mempunyai blog yang comel lagi penyabar mendengar omelanku.
Memang la blog ni penyabar. blog ni bukan orang, bukan kucing dan bukan sape sape ! krik krik krik
Dengan ini saya mengisytiharkan bahawasanya saya menukar name blog dari Mrs. Hearts ke Nadya's Punya Cerita. Comel tak ? Comel tak? Heee
Oke, aku takdala nak membebel banyak kan. cuma nak bagitahu. Thanks kepada awak, awak dan awak sudi membaca entri entri saya, komen dan like entri saya, sanggop menFollow blog saya ni dan kepada mereka mereka yang sangop promote blog saya ni ok? Serius, macam tak caya je followers saya dah mencecah 3076. Walaupon takde la sebanyak mana. terima kasih taw. Tanpa anda semua, sape la saya kan. Heee Peacee !

Nota Kaki : Ada masa lagi saya update entri lebih gah ok? sori la sejak ni agak busy! maklom la sibuk nak carik kerja sana sini. ini ponn balik je jenguk adik di melaka, buat kek batik terus update entri ni. Hehehe. apa apa pon doakan kejayaan aku ok? Ingat daku dalam doamu :D

Saturday, March 1, 2014

Setelah seminggu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai 1 Mac ! Macam tak caya je da masok bulan 3 kan? Mesti harini ramai yang menyambut kelahiran, dan ramai jugak yang menamatkan zaman bujangnya harini kan? Hehehe. Alhamdulilah. Tahniah Tahniah. Saya insyaAllah tahun depan! Hee peace ! Tadi lagi best, kawan ayah tanya, "hah dia nih bila nak makan nasi minyak ni?" cepat cepat aku jawap "Lama lagi!" Nampak tak? HAHAHA

Setelah seminggu duduk dirumah sewa. Tetap tak dapat kerja lagi. dan akhirnya harini balik rumah sekejap. Sebab rindukan kat baby. HAHAHA. serius rindu gilaa kat baby yang ibu jaga. maklom laa dulu setiap hari jumpa. sekarang baru seminggu tak jumpa. perhh tak tahan. Asyik nak tengok gamba je. nak tak nak terpaksa mesej ibu dan mengatakan nak balik jugak. heee



Sebenarnya da banyak tempat menanyakan jawatan kosong dan interview kerja. masing masing suruh tunggu call. Akhirnya ade la kawan kawan tolong carikkan. hope minggu depan da mula bekerja. Da tak sabar nak kerja taw. Dan harituu pulak dapat interview kerja kat kedai butik taw. Ekceli, saya memang minat sangat kerja kedai cmni. Jual tudung dan jubah. dahnya memang minat sangat fesyen fesyen muslimah ni. Nanti dapat gaji. senang, beli je jubah or tudung kat situ. HAHAHA berharap sangat dapat kerja kat situ. korang tolonglaa doa doakan untuk saya taw? Terima kasih.



Nota Kaki : Sekali pandang je senyuman dia, alahai tenang je. kali kedua dia senyum. peh peh bole tergelincir hati nih. Apekah? Apekah? Petanda apekah ini? *Glowing*
COPYRIGHT 2017 by CikNadyya