Sunday, February 16, 2014

Wordless Sunday

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wordless again !
Semalam adek da balik U.
Lusa giliran aku pulak tinggalkan ibuayah.
Alahaii, terasa tak yakin pulak apa yang cuba aku buat nih.
Lusa aku akan duduk dirumah sewa dan kerja.
berjauhan dengan makayah aku.
Ceh ceh macam tak penah berjauhan dengan makayah pulak -_-
dulu bole je duduk Hostel. Lagi jauhh kot >.<
Sekarang lain! Huhh.
Apekahh? Maknanya aku da tua K!
Aku dah dewasa, sepatotnya da kawen dan dah ada anak.
Ade someone cakap kat aku "Dari awak kerja, lebih baek kawen. Ade suami jaga"
NaK buat macam mana kan, Jodoh takde lagi. Dan mungkin Jodoh aku lama lagi kott -_-
*Sebenarnya nak dapat Jodoh awal gak! Nanges guling guling :p*
Yelaa, aku kan tak cukup matang lagi. Mana layak nak kawen sekarang kan. HAHAHHA
"Jagalah hatiku, Jagalah imanku, Jagalah pemandanganku, dan jadikanlah aku seorang penyabar dengan segala cabaran dan dugaanMU, Amin. InsyaALLAH." :)

Nota Kaki : Yessss! Akhirnya update Entry guna 'Laptop Baru'. Tapi sayang, nanti duduk rumah sewa parent tak bagi bawak laptop. Maybe ini entri terakhirku. Nanti saya balik rumah nih saya update lagi ok. Kbai! Doakan yang terbaek untukku taww! Thanksss. Assalamualaikum :)

Thursday, February 13, 2014

Cinta Seperti Di Dalam Novel?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Cinta seperti di dalam novel? Orang suka cakap, Aku termasok laa jugak. Hee "Eh, aku nak suami macam ni" Masalahnya bole ke? bole ke? Huh! maybe ade sikit, tapii sikitt jelaa. Dalam novel, bahagiaa, konflik, konflik dan kawin or dapat anak terus bahagia terus ending story. Realiti?? takkan sama, yang pasti saat kita bahagia ke, tetap ade dugaan. ALLAH nak uji kita sebab sayangkan kita. Tapi kita pasti merungut "ALLAH tak sayang aku ke" Setiap dugaan pasti ade hikmahnya. Banyakkan bersabar, banyakkan istiqamah dan selamat beramal ^^

Harituu ade beli novel baru, bertajuk Dia Diktator Hatiku - Nazihatul Hanan. Sori takde preview preview novel ok? tak habes baca lagi dan macam tak sempat preview. Tapi aku cerita sikit sikit nuhh. Novel ni best jugak, Apa yang aku suka sangat novel ini iailahh lelaki lelaki dalam novel nih tersangat hormatkan wanita. Yehh, aku mengharapkan dapat suami macam ni laa :p Walau realiti sekarang, Alahaiii susah la nak cakap -_-


"Baik - baik. Jaga tangan tu. Nanti kena baling ke dalam api neraka. Menangis tak berlagu nanti." -Kamil-

Yang keduanya, Seorang lelaki berkenan dengan perempuan tuu dia terus menyatakan ingin menjadikan wanita itu isterinyaa. Alahaii sweet gilaa weyh. Hakikatnya wanita tuu tersangat membenci lelaki tuu sebab ayat ayatnya tersangat menyakitkan hati dan makan dalam. Dan akhirnya mereka disatukann. Oke, yang ni aku tengok halaman terakhir dalam novel nih. hikhik main tipu kan? krik krik krik

"Kalau tak berterus terang, awak tak faham ke? Saya nak jadikan awak isteri saya." -Zahin-


Nota Kaki : Alahaii, mengingatkan pada someone. Betapa mulianya dia, betapa hormatnya dia pada perempuan. "Sayang ALLAH dulu baru sayang saya, Kalau awak tak sayang ALLAH, jangan sayang saya"

Monday, February 10, 2014

Kenangan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kenangan?
Aku yakin aku takkan terusik dengan kenangan tuu.
Tapi bila pegi je tempat tuu, kenangan itu. aku terasa kenangan tuu berputar balik.
Jusco Permas tempat nih, first date dengan dia, walauponn takde laa date sangat. Hee
aku masok je tempat tuu, "kau ingat tempat tuu pertama kali kau bersua muka dengan dia"
aku masuk lagi, tempat tuu la aku dan dia berborak - borak "awak nak apa? awak amek je saya bayar" "awak nak teddybear tak?"
and then, aku buat keputusan untuk tak gi jalan jalan lagi. Ishh sebak sangat.
aku terus mesej dia "Awak, saya kat Jusco Permas. Saya teringat kenangan kita"
Masa taip mesej tuu, ish terasa nak menangiss je. takpe aku tahan.

#Aku tahu, sebanyak mana aku cakap yang aku sayang dia, dia akan anggap aku kawan. Betul tak? Yee aku penah mencuba melupakan dia, tapi hati nihh ckit pon takpenah buang perasaan ini. Aku tahu ini semua kesalahan aku. Dalam hati aku, aku hanya mengharapkan dia lah ditakdirkan untuk aku, Jodoh aku. 

Nota Kaki : Kelmarin tengok rumah sewa kat Masai, oklaa rumahnya. Aku harapkan dapat kerja area situ. korang doakan taw? :D

Friday, February 7, 2014

Wordless Friday !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ish, aku nih tak habes habes dengan wordless2 , Heee peace!
cuma nak cerita pendek dan padat!
tak lama lagi insyaALLAH akan duduk rumah sewa dengan adik angkat kesayanganku.
K perempuan K perempuan K
adik angkat sibuk carek kerja sebab perancangannya tak lama lagi nak kawen, yela orang tuu da ade calon kan? 
Aku? InsyaALLAH tak lama lagi jugakk kotttt. tetttt!
Yela,, bakal imamku mesti tengah belaja lagi. 2tahun lagi habes laa tuu and teruss kawen.
ceh ceh berangan la pulak kan. berangankan sape la ni kan >.<
Ahad tengok rumah sewa tuu, hope ok la kann.
K cukup sampai disini. Kbai

Nota kaki : arini asyik layan lagu Papinka - Masih Mencintainya jee. Masih mencintai sape nih? suspen nih. Krik krik krik

Tuesday, February 4, 2014

Wordless Tuesday.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Setiap kali cuba untuk menerima seseorang dalam hidup nih ,
mesti akan fikir ini.
fikir apa? takutt dikecewakan lagi, lagi dan lagi
kita tak tahu ikhlas kah dia dengan kita. kita tak tahu apa yang ada dalam hatinya.
dia bole kata "saya sayang awak" "saya ikhlas cintakan awak"
tapi hati dia? kita tak tahu -_-
"Aku anggap semua yang berlaku ni pengajaran untuk aku terus kuat"


Yeh, percaya dan yakinlah yang 'dia' tetap ditakdirkan untuk kita.
Jodoh itu ada je, 
cuma kita perlu bersabar dan jangan cepat menyerah.
cepat atau lambat je.
maybe jodoh kita didunia dan maybe jodoh kat Syurga nanti. InsyaAllah 
"Yang terbaik selalunya datang lewat. Maka sabar. Jangan berhenti berdoa.Allah suruh kita tunggu sekejap.Yang istimewa memang susah dimiliki."


Nota Kaki : Ekk? tertaip entri jiwang pulakk? ekk. tak sabarnya nak tengok Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil kawin! Heee macam real pulak kan? Krik krik krik #ArianaRose

Saturday, February 1, 2014

Rindu Pengubat Luka

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pehh tajuk ? macam frust je? macam jiwang je? krik krik krik. Ok laa nak cerita nih, pada suatu petang yang nyaman lagi lagi membosankan, HAHAHA En H hantar wechat kat saya, dia nyanyikan lagu Rindu Pengubat Luka. Terus cakap "ekk sedap laa lagu nihh." Selama nih tak penah denga kott. terus carik kat Youtube, suara H okla bole laa macam suara penyanyi lagu tuu TOI ! HAHAHA kalau saya cakap camni mesti kembang jee die tuu :p

Oklaa H dengan saya bukan sape sape laa, setakat kawan. Dia penah luahkan rasa rindunya kat saya tapi tak ambek hati laa. HAHAHA dia kawan yang sangat baik lorr, rasanya saya ade cerita pasal dia kottt kat entri lama lama. Dia pena carikkan kerja untuk saya dan sanggop call kawan kawan dia kat mana mana ade kerja kosong. Mulanya dia nak saya kerja kat tempat dia kerja katt Pizza Hut ! dia memang degil nak carek kn kerja tuk saya jugak. Ish3 -,- 

Lebih baik jadik sahabat je kan? :)

Oklaa lupa kan sebentar pasal H, korang penah tak dengar ?mesti penah kann? lagu nihh sesuaii untuk seorang lelaki/perempuan mengharapkan bekas kekasihnya kembali. bila denga je lagu nihh memang terus teringat kat insan yang pernah saya sayang. Harap insan insan yang pernah saya sayang bahagiaa laa. Jika ditakdirkan kite nihh ade jodoh kita pasti bersamaa. krik krik krik


Sering kali ku terkenang saat kau tersenyum
Lalu memandang ku
Tapi kini pabila kau tiada di sisi
Ku terdampar layu
Beralunan sepi
Melayang-layang dihembus bayumu
Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepadaku
Rindu pengubat luka
Ku masih memerlukan belaian kasih
Dan tawa mesramu
Kau seretku ke dalam rongga hatimu
Salut kerinduan menggamit menusuk di kalbuku
Terangi hidupku dengan cahayamu
Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepadaku
Rindu pengubat luka
Walau ku dilupakan
Namun jangan kau lupakan detik bersama
#Rindu Rindukanlah diriku ^^
COPYRIGHT 2017 by CikNadyya