ENCIK SAYANG dan MISS SWEETHEART

Assalamualaikum

Saya akan buat awak sedar yang awak dah lama jatuh sayang kepada saya - encik sayang
Apa motif? ekceli tadi aku nak update entry. tapi tak tahu nak update berkenan apa tau. HAHAHA. tengah guling guling atas katil sekali ternampak novel ENCIK SAYANG dan MISS SWEETHEART sekali aku apalagi selak selak sekali terbaca helain yang aku lipat. huu

Sebenarnya aku da lama habis baca novel ni. setiap kali aku baca novel. kalau ada part part yang sangat sweet aku akan lipat. motipp? takde motip pon.kahkah. dah,dah mehh baca helain lipatan tuu --

"Awak pernah dengar tak orang cakap action speaks louder than words?"sela Orked. akhirnya. sedaya mungkin dia menayangkan muka selamba, walhal otaknya sudah pun membayang adegan dia melarikan diri dan kemudian menyorok di bawah katil. apa tidaknya? dia baru sahaja meluahkan perasaan, walau dalam keadaan yang oh-tersangatlah-berlapik.

"saya tahu. tapi saya tetap nak dengar words tu. buat jadi halwa telinga. seronok sikit."

Haish!! Dia ni kan memang mencabar kesabaran aku. kalau orang dah cakap macam tu, faham-faham ajelah. ini tidak, lagi mahu buat-buat tak faham! terkumat kamit Orked menggerutu dalam hati.

"Orked..." Syamil mula membuat muka kasihan. sengaja dia memuncungkan mulut dan mengelip-ngelipkan mata dengan lagak paling suci dan comel.

Orked memusingkan muka, tidak mahu terkesan dengan tindakan Syamil. Namun ekor matanya tetap juga menjeling-jeling kepada wajah comel mengalahkan anak kucing yang ditunjukkan oleh encik suami.

Haishh!! kau memang gila, Orked? kenapalah tak boleh kuatkan semangat sikit?

"sayang...sweetheart.."

"yalah, yalah! awak memang takkan penah berhenti mendesak saya kan? tempelak Orked seraya menyepetkan mata kepada suaminya.

"Haah." selamba sahaja Syamil menganggukkan kepala.

"Jadi.." Orked memegang kedua-dua belah pipi suaminya dan merenung tepat ke dalam mata lelakii itu. hatinya yang berdegup kencang melebihi takat normal cuba tidak diendahkan. tenang, Orked....tenangkan perasaan kau.

"awak dengar sini betol-betol." sekali lagi Orked menarik nafas. "Syamil Imran, suami saya, encik sayang, lelaki yang paling sengal, tak betul dan mengada-ada yang pernah saya jumpa... saya,Orked Imani miss sweetheart awak... sayangkan awak. I...love...you,"

Bibir Syamil melebar dengan patah kata yang dititipkan oleh isterinya.segenap inci wajahnya terbias denga cahaya teruja. bahagia!

"saya tak dengar. boleh cakap sekali lagi?"

Orked mengeluh dalam diam, namun lidahnya menurut sahaja.

"i love you. saya sayangkan awak."

"lagi sekali."

"Saya sayangkan awak."

"lagi.."

"dah-dahlah tu! awak nak suruh saya cakap berapa kali lagi?!!" semburr Orked seraya menjatuhkan tangan dengan kasar.

** Sweet kan? Semangat tau aku taip satu satu yang ada dalam novel ni tau. kekeke. part ni memang sweet gila. tetiba teringat kat 'dia' ;)

Ekceli, ni perbualan kali terakhir dia call aku. biasa la kan dekat latihan askar mane boleh pegang handpone. itu kira bernasib baik cikgunya kat sana bagi handpone kejap. dalam 2 hari kot. ini kira hari terakhir sebelom dia kene pulang handpone----

Hisyam: Awak.. I love you.

Aku: Iye.

Hisyam: Awakkkkk. i love you.

Aku : Iyee, iye..

Hisyam: Alaaa. jawaplaa. awak.. i love you.

Aku: aaaa. Oke la, Oke la, Kbye.... Tutttt

Kahkah aku nebesss lee sebut perkataan 'sweet sangat' tu -.- ekceli, aku sebijik macam Orked kan? cewaaaah. hahahaah. Kbye! 

CONVERSATION

23 Comentarios:

  1. Alahai sweet betul cinta novel nih..

    ReplyDelete
  2. Wehh dah baca jugak novel ni. hahaha. memang best sesangat ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tahu. masok ni. dah 2x kite review. hahahah XD

      Delete
    2. Hahahha. dahsyat betul nadyya. mesti banyak kali dok ulang baca ni. ^^

      Delete
  3. Saya pon pernah kot buat part lipat helaian tu xD Btw, Kak Nadyya,

    I love you..... Jawab jgn tak jawab

    Kahkah, komen mintak pelempang. xD

    ReplyDelete
  4. xbace lg novel ni..
    mcm kene bace je..
    ihiks

    ReplyDelete
  5. amboi..boleh kencing manis la kalau gini selalu..hahahahah

    ReplyDelete
  6. Sweetnya.. nuha tak boleh sekali baca novel. nanti melekat tak buat kerja lain dah.

    Jemput ke blog nuha ya.. entry bisnes seumur hidup

    ReplyDelete
  7. So sweet... :) Hehehe....ehem3! sabar ye Nanad esok, lusa, tulat dah nak masuk bulan 3..2 bulan je lagi :)

    ReplyDelete
  8. ololo sweet .. tu pasal aku tak suka baca novel terlalu berbulu jiwa aku ni haa bila romantis gini

    ReplyDelete
  9. dah lama cari novel ni .. tapi tak jumpa-jumpa.. dah jenuh pergi kedai buku.. geram!!! nak sgt novel ni.. :'(

    ReplyDelete
  10. wah,macam best je novel ni,saya suka baca novel cinta

    ReplyDelete
  11. alloooo..memang sweet la..tapi cite nadya lagi sweet ngan hisyam tu..heheh..;D

    ReplyDelete
  12. Hahahha novel taught us how to live sometimes. By what i mean here is being sweet :p xp

    ReplyDelete
  13. Wah, ayat jiwang sebiji macam dalam novel ler Nadyya ^-^

    ReplyDelete
  14. patutnya cakap macam ni : in shaa ALLAH thank you. hahahahha

    ReplyDelete
  15. Chewahhhhhh! Amboiiiii! Ok tak akak komen cenggini? hihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD