Sinopsis : Novel Awek Abang Poyo - Ummu Wafa

Assalamualaikum
tak sempurna hidup kau,
kalau takdapat menyusahkan aku.
Kasdina Alya - Seorang gadis cun, cekal dan bersemangat waja. Bersendirian mengharungi suka-duka kehidupan di kota London. 

Anas Irfan - Jejaka handsome yang poyo giler. Buat part-time di tempat yang sama dengan tempat Kasdina bekerja. Walaupun munculnya cuma dua hari dalam seminggu, namun kewujudannya sudah cukup membuatkan Kasdina sesak nafas dan huru-hara. 

Suatu hari, Anas menyelamatkan Kasdina daripada dilanggar kereta. Pertolongan tersebut diwartanya sebagai hutang, dan Kasdina perlu membayar dengan dipaksa menyamar menjadi kekasihnya. Tujuannya adalah untuk ditunjukkan pada ibu bapanya yang sedang bercuti di UK, yang dia ada awek lawa yang boleh dijadikan menantu.

Takdir berlaku tidak seperti yang dirancang. Ibu bapa Anas terus tertarik dengan Kasdina sebaik saja mereka melihat keperibadiannya. Masalah sedia ada bertambah rumit, bila mama Anas menyarungkan cincin bertunang ke jari manis Kasdina. Tidak semena-mena, dia telah menjadi tunang brader poyo itu dalam sekelip mata. Kacau, memang jiwanya bertambah kacau. Hatinya bertambah sakit bila mat poyo tu selamba saja setuju dengan pertunangan ‘mee segera’ itu.

#Selepas baca novel di blog It's Najihah ni. tibatiba mood membaca novel membuak buak. sian novel baru yang telah dibeli oleh aku dan dihadiahkan dari mereka-mereka tak terbaca lagi. soo memang dari petang hadap novel ni aje. confirm sehari je bole habes ni! 

#sangat tersentuh baca part kisah silam Kasdina. 3 tahun kenal 'lelaki itu', setahun bertunang. lagi 5hari nak kawen diputuskan tunang, dah nya diputuskan tunang. lepastuu difitnah pulak. disebabkan difitnah ni laa Kasdina berhijrah ke Kota London!!! nak tahu lebih lanjut tunggu aku preview novel ni ye.. tatatititutu

CONVERSATION

16 Comentarios:

  1. inshaAllah, jika preview je pun dah bunyi macam best akan dibeli.
    Tapi saya jarang baca novel genre macam ni dah.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Wah wah wahhhhh...
    Ishhh mngugat iman btl...
    Nadnad tlg la belikan tok akk...
    Sbb akk xnk masuk kedai buku da..
    Nnt balik byk sgt belinye..
    Hahahha

    ReplyDelete
  3. Hee.. kitaa tunggu preview novel Awek Abang Poyo.

    TQ akak, selalu support kitaa.. <3 nanak g edit utk publish bab 3 pulak. ^_^

    ReplyDelete
  4. Menariknya cite..Kak wana pun suka baca novel..kalau sudah minat tu, sehari pun habis baca kan..^_^

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak baca novel Melayu. Mungkin boleh suruh adik saya carikan novel ni.

    ReplyDelete
  6. alahai memang tidak la akak bak bace novel heheh.. elok selak dua tiga helai pap buku hempap muka :P

    ReplyDelete
  7. Sinopsis dah best ni.
    Cepat la preview novel ni.
    Malas nk gi beli, hihihi

    ReplyDelete
  8. Nadyya dah buat hati akak terlonjak-lonjak nak baca novel gak...

    ReplyDelete
  9. Bwstnye sinopsis dia..haish, rasa nak beli novel ni.. :)

    ReplyDelete
  10. Haiyaaak. kita dah lama x baca novel. ahaha. x mood. XD ngadap nom jee keje. XD hahaha

    ReplyDelete
  11. uish, saspen part last tu. hehe. kite baca novel makan hari. xpandai nak habiskan sehari XD

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD