Friday, September 12, 2014

Sinopsis Mr LONDON Ms LANGKAWI

Ehem. Hai! Hai! Semalam punya cerita. tengah tengah masak sambil tuu mesti la dengar radio sekali terkeluar lagu Sahabat - Najwa Latiff ft Syam Kamarul. Alahai. terus teringat kat Novel Mr LONDON Ms LANGKAWI. kat dalam novel ni ada part Liyana nyanyi lagu Sahabat. time tuu pulak Liyana lari rumah. tibatiba suaminya sambung nyanyi. part nii sweet giloss.. Seriussssly!!!
Kau ada, hidupku huru-hara
Kau pergi, Hatiku tidak rela
Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.

"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel.
"Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite… cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.
"Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

Hmm... asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

Nota Jejari : Aku peminat setia penulis Herna Diana. novel novel beliau best best! membuatkan aku gelak sorang sorang je. bukan senyum sorang sorang dah ehh. hikhik. Sebenarnya da lama aku cakap nak preview novel ni. asyik skip skip. lepastuu dengan novel baru pulak, InshaaALLAH novel ni akan di preview dulu. Jangan lupa follow entry entry aku K? :) #Sebenarnya dari taun lepas da baca novel ni.. tak silap bulan 11.lepastuu bln 12 terus gi Langkawi. tapi takdapat pegi tempat tempat yang diceritakan dalam novel ni taaauu. tuyangg nak pegi Langkawi lagi. Alahaiii. Kbye!

16 comments:

  1. asyik baca novel jeeeee..hantu novel nih..hahahahahaha...dah lama x baca novel sejak masuk U balik ..... sobs..sobs..sobs....bila baca novel mmg wajib terbayangkan hero tuh saya..lalalalalalalal~~~~

    ReplyDelete
  2. macam bestt je. huhu. bestlah dapat beli novek selalu~

    ReplyDelete
  3. as salam dear.. akak da baca da..serius novel ni best..kelakar hehe

    ReplyDelete
  4. tokey novel r nad ni. hehe. apa kata nad buat akaun goodreads pastu review novel banyak2 kat situ. hehe.

    ReplyDelete
  5. dah baca dah baca :) memang best sesangat :)

    ReplyDelete
  6. novel lagi... memang kaki novel la KB nihh... hihi :D

    ReplyDelete
  7. baru first time singgah sini
    follower ke 3322 wow angka yang sangat hebat.

    semoga dapat berkongsi ilmu berblogging

    ReplyDelete
  8. Peminat novel ye.
    Akak dulu ada baca jugak tapi x minat sangat.

    ReplyDelete
  9. kita suka karya melur jelita! hehehe

    ReplyDelete
  10. oh, x beli pun novel ni. skang tengah sibuk cari menantu pilihan bapak je. eheheheh

    ReplyDelete
  11. Haha macam best novel ni.. rasa cam nak baca juga :3

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD

COPYRIGHT 2017 by CikNadyya