Sunday, October 6, 2013

Luar Biasa !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hai awak awak semua? Apa khabar? :) Harini 6 Okt . Tahu tak harini hari apa? Mesti ada yang jawap harini hari Ahad la, tuu pon tak kenal hari ke? HAHA oke, oke, Harini kawan saya aka Exgirlpreng pakcik kesayangan saya kawen. Ekceli kawan saya sama umur dengan saya. apa apa pon semoga dia bahagia dan kekal hingga ke Syurga , Amin :) InsyaAllah ada jodoh tak lama lagi saya ikot jejak langkah dia pulak oke? Tak lama lagi ke lama lagi ni? No coment ! apa apa pon tolongla doa doa kan untuk saya ye? Heee

Semalam merupakan hari temuduga kerja saya ! Sebelom temuduga. Jangan cakap laa. Asyik cakap takot je kat En Haty, yang En Haty tak habes habes cakap relex. Dia takpelaa kan, dah banyak pengalaman kena temuduga. Kite ni first time tau. apa apa pon thanks ye awak tak habes habes pujok saya. hahaha :p

Semalam punya cerita. HAHA. Rupanya Syarikat nya adalah syarikat peguam bela ! Hari kejadian di temuduga, takde la takot sangat. Okelaa. First sekali dia tengok sijil sijil dalam fail saya. tengok dia tanya, "Cik Nadya amek Percukaian individu. Percukaian induvidu tuu apa?" Dalam hati da berkata kata. dahnya masa sem tuu pointer aku rendah. dia tanya ni. mak oii. saya jawap main hentam je "cukai pendapatan seseorang -..-" Nampak takk? blur amat !HAHA . Lepastuu dia suruh buatkan Cukai Pendapatan. Naseb senang ! Dia siap tunjuk borang cukai dia. dia tanya macam mana bole dapat pendapatan bersih, apa yang menyebabkan kerugian? Amboiii, ada ke patot masa temuduga kena mengajar dia bab Percukaian! Hohoho



Lepastuu dah siap mengajar bab Percukaian, dia nak uji saya. Saya ni reti tak on komputer sendiri. HAHA, akhirnya berjaya on computer tuu. Lepastuu dia tulis dokumen pakai tangan. Ish, jangan cakaplaa, dia punya tulisan terukk betol. Banyak saya tak paham. Tulisan macam cacing cerawit ! Terpaksa tanya kat dia banyak kali. Dia terus cakap "Tulisan peguam memang macam ni, kalau awak kerja sini awak kena belajar paham tulisan ni" Saya terus tergelak. Dalam hati da berkata kata "what? Gilaa apa?" Sebelom dia bagi balik. dia nak saya datang situ setiap hari sabtu suruh saya belaja tulisan tuu, Adoyaii -,-"

Lepas saya da siap dokumen tuu. Dia banyak betolkan. Walaupon da banyak kali tanya tetap ada je salah ! HAHAHA , then dia suruh duduk depan dia, ingat dia nak suruh saya balik. Rupanyaaa Arghhh. dia suruh saya terangkan apa yang ada dalam Touch Tabs. jenama apa tak tahu la! HOHO. saya kena terang apa itu massenger, Apa ituu folder, macam macam la. bayangkan laa, temuduga ni selama 3jam! Takpena dibuat orang. itu yang luar biasa sangat. Sampai ibu cakap "Tau la lawyer, tak payah la nak lawyer buruk sangat kan !" HAHAHAHA >.<

Nota Kaki : Tak tahu jawapannya dapat kerja ke tak. dia tak bagi jawapannya. Saya dapat ke tak, Kalau dapat Alhamdulilahh, Kalau tak dapat pon Alhamdulilah. Rasa macam dia sengaja nak buli saya je taw. Naseb la saya ni penyabar orangnya, HAHA. Kbai

4 comments:

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD

COPYRIGHT 2017 by CikNadyya