Tuesday, October 15, 2013

Be Careful With My Heart :D

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai awak awak dan awak ! Salam Aidiladha semua. Raya ni saya hanya duduk rumah dan hadap depan laptop je. Amboi punya la senang hidup saya ni kan? Heee. Untuk Raya Aidiladha kali ni , adek kesayangan tak balik. Terasa ade je tak lengkap. Sobsob , Tadi tengah syok guling guling atas katil. Si adik kesayangan call "Takpe kann aku tak balik?" dalam hati da berkata kata. "Takpe kau kata? Kau tahu tak aku terasa sunyi je dan sedih ponn ade. Lagi lagi denga lagu raya. Ehhh mak aiii -,-" Untuk Raya ni cuma masak Ayam Rendang, Lodeh, dan Serunding. Yang lain Lemang dan Burasak beli ! Hoho. Tapi yang penting nikmat sangat makan ^^



Cukuplaa 4 Hari tak jumpa budak comel kesayangan saya Syafiq Aiman. Alahai rindu sangat kat budak tuu. Kalau dah rindu sangat menatap gambar jelaa. Hihi takpon tengok video dia yang saya rakam la kan, hihi. Dia suka sangat kalau kita cakap Gwiyomi ^^ Tuuulaa, tak jumpa rindu, bila jumpa asyik nak dengki je. Entahla, suka sangat gelakkan dia. Ekceli. Sekarang dia suka berdiri. Berjalan belom lagi la,,. Apa yang penting budak ni tak cepat putus asa la, HAHAHA :D 

Yang si Syafiq baru 9Bulan. Yang lagi sorang perempuan, namanya Nia. Umurnya dalam 2Tahun lebih ar. Ingat lagi harituu. Ibu keluar rumah ar nak ambik barang ape tah. Pastuu si Nia nak ikot ibu saya kan. Pastuu dia jerit "Nia! Nia! Nia!" Saya memang da pelik semacam apesal die sebut nama dia sendiri ni. Rupanya dia panggil ibu dengan namanya sendiri. Bila saya tahu, apalagi gelakk laaa. Dengan adanya budak budak kecik kat rumah ni terasa terhibur laa jugak. HAHAHAHA :)

Sejak akhir akhir ni kerja saya asyik nak denga lagu Bukan Milik Kita - Sixth Sense. Best lagu ni, berkaitan mati. Maksudnya takde yang abadi dalam hidup ni. Soo toucing ar :') Harituu tengok facebook ada orang share lagu Destinasi Cinta - Mestica. Sejak tuu asyik nak denga je llagu ni. Tenang je hati ni bila dengar lagu ni :') Selepas tuu terdengar pulak lagu Taubat Seorang Hamba - Hafiz Hamidun. Hah. Lagu ni saya suka sangat. Siapa yang hayati betol betol lagu ni memang bole nangis laa :')

Hati hiba mengenangkan dosa dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa, Terima taubat hamba berdosa..

Selama ni memang malas je nak tengok tv. Tapi sejak akhir ni rajin la tengok tv. Semata mata nak tengok cerita Filipina , alaa yang cerita kul 3 tv 3 tuu Be Careful With My Heart. Best sangat cerita ni. Tak pernah miss la tengok cerita ni kan. Nanti ade babak yang sweet mesti saya senyum sorang sorang. Amboi. Hoho terukk perangai saya ni kan? :P Naseb la ibu ayah tak perasan kan. HAHAHA :D Lepas je habis cerita filipina ni terus sambung tengok cerita Janji Adam. Best jugak cerita ni walaupon saya tak tengok dari mula. Sekarang pon cerita ni tak pernah miss. Dua dua cerita ni best sesangat ^^ 




Nota Kaki : Amboi , punya la panjang entrinya kan. Tahu la da 5 hari tak update entri kan. Mesti korang malas nak baca semua kan? sape yang baca sampai habis Tahniah ye? anda berjaya. Dan anda tersangat AWEeeeSome :D

4 comments:

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD

COPYRIGHT 2017 by CikNadyya