Tuesday, July 30, 2013

Menunggu -,-

Alhamdulilah kenyang. Harini berbuka dengan lauk kegemaran saya. Udang masak lemak ! Ermm, sedap sangat ^_^ Ingat nak update entri petang tadi tapi disebabkan temankan adek shoping terpaksa la tunda lepas berbuka. HAHA. Saya tak tahu laaa kali keberapa temankan adek shoping raya nii. Serius. adek saya ni shoping da macam perempuan. Naseb la saya shoping tak macam dia HAHAHA >.<

Menanti mu hingga kau kembali , kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu , menemani mu sehingga akhir waktu

Korang penah denga tak lagu akim - menunggu . peh, serius laguu tuu best sangat. Sejak akhir ni asyik nak denga lagu tuu je. Makne laguu tuu tetap tunggu bekas kekasihnya kembali. Ish, memang sedihlaa. Lagu tuu kekadang macam perli saya. Lagu nii memang sesuai dengan saya, macam saya menunggu afi kembali kat saya. HAHAHA Tapi orang cakap kalau orang tuu tak nak tak payah la nak berharap >.<



Rasa macam tak percaya je tau. Raya taun ni sepupu kesayangan saya beraya kat sini. Ish serius seronoknya tak terkata. Selalunya family dia beraya kat kedah je. Apa apa ponn tak sabar sangat nak jumpa dia. Kadang kadang saya pelik taw. Dalam ramai ramai sepupu saya. Dia laa yang paling rapat dengan saya. Padahal die sepupu saya yang paling jauh, ye arr kat kedah kan, HAHAHA :D

Nota Kaki ; Serius, kali pertama saya buad en R marah. Dan marah die bukan biasa. Tapi marah sangat ! Bila saya tanya, die cakap "saya da maafkan awak" kalau awak dah maafkan saya kenapa awak sanggop block wechat saya ekk? Ermm. saya tahu awak tak maafkan saya lagi kan? kalau saya jadi awak, memangla saya marah sangat. tapi tak patotlaa awak block wechat saya kan. Ya Allah, lembutkanlaa hati die . Janganla disebabkan kesalahan saya die putuskan persahabatan kami ini ya Allah, Amin :')

3 comments:

  1. hai awak. errr sape R tu ekk. hehehehe

    ReplyDelete
  2. alaaa,,, budak yang cerita kat awak. Aleng . haha ^^

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Thanks comment.
sila datang lagii ye XD

COPYRIGHT 2017 by CikNadyya